Pengenalan

PORTAL Unit Penyelidikan & Inovasi


Pengenalan

Unit Penyelidikan & Inovasi, Politeknik Mukah Sarawak (Pmu) ditubuhkan bersesuaian dengan Teras Ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan. Aktiviti-aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, penubuhan kelab usahawan-usahawan serta membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Unit ini.

Segala perancangan telah dibuat bagi tujuan memandu arah halatuju program serta aktiviti penyelidikan dan inovasi di PMU dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang tersebut untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Namun aktiviti berkaitan Inovasi dan Penyelidikan telah pun bermula sejak tahun 2009 lagi. Aktiviti-aktiviti ini diselaras secara Zon, di mana semua politeknik yang berada di dalam Zon Selatan telah diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bagi tujuan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam proses P&P.

MATLAMAT

Matlamat Unit ini adalah untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi dikalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di peringkat PPD khususnya. Proses pemantauan dan penetapan hala tuju proses penyelidikan serta penerbitan penulisan ilmiahnya boleh menjadi agenda utama Unit ini.

KESIMPULAN

Komitmen pihak pengurusan dan kerjasama yang padu dari segi usaha dan sikap semua warga Politeknik Mukah Sarawak untuk menerapkan budaya penyelidikan seterusnya membina warga PMU yang berpandangan jauh dalam era globasasi ini seterusnya melaksanakan dan menjayakan teras-teras dalam Pelan Strategi JPP, KPTM. Adalah diharapkan dengan penubuhan Unit R&D di PMU mampu melonjak nama PMU di arena pembangunan penyelidikan, penerbitan penulisan ilmiah serta menghasilkan teknik-teknik P&P yang berinovasi, pensyarah dan pelajar yang kreatif dalam rekacipta, teknologi maklumat dan komunikasi dan menggalakkan suasana bercirikan keusahawan.

 

Aktiviti Terkini

    Could not connect: Access denied for user 'root'@'localhost' (using password: NO)