Politeknik Mukah Sarawak

Unit Penyelidikan & Pembangunan

E-mail Print PDF

Pengenalan


Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Jabatan Pengajian Politeknik, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti (PPPPKK) telah dilancarkan pada 16 September 2007 selepas penstrukturan semula Kementerian Pengajian Tinggi. PPPPKK memulakan operasinya pada 1 Januari 2008. Pada awal tahun 2010, PPPPKK telah bertukar kepada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (PPPP) setelah penstrukturan organisasi kolej komuniti dipisahkan daripada JPPPKK.


Pada 21 September 2008, Unit R&D telah ditubuhkan di PMU selari dengan hasrat PPPP untuk memajukan sektor penyelidikan dan pembangunan politeknik.
 

Fungsi


Tertakluk kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional, Unit R&D PMU memainkan peranan yang mendasari perkara-perkara berikut;

  1. membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan staf di jabatan dan PMU;
  2. memimpin dan menyelaras aktiviti penyelidikan dalam memenuhi keperluan semua jabatan & unit di PMU;
  3. menyebarluas maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada hasil kajian kepada semua jabatan dan unit di PMU;
  4. meningkatkan kolaborasi dengan organisasi penyelidkan luar
  5. menyediakan konsultansi dalam aktiviti penyelidikan


Sebagai langkah awal, dengan komitmen dan potensi dalam setiap AJK, unit ini berusaha untuk menggalakkan kajian tindakan dan kajian gunaan yang memberi fokus kepada empat teras berikut:

  1. pembelajaran dan pengajaran;
  2. penilaian;
  3. perkhidmatan sokongan pelajar; dan
  4. Kepempinan

 Organisasi


RDI

Ahli jawatankuasa semasa;

  1. Fauziah Binti Basok (JTMK)
  2. Habsah Binti Mohd Sabli (JMSK)
  3. Hartyni Binti Mastor (JP)
  4. Hisyamsani Bin Idris (JKE)
  5. Mohd Syafaril Bin Jamaluddin (JKA)
  6. Mohd Zahri Bin Jaafar (JKM)
  7. Richard Simon (JPA)

 

Aktiviti & Inisiatif


  • Program-program pembinaan kapasiti berikut:
    • Bengkel penulisan akademik
    • Bengkel metodologi kajian
    • Kursus Statistic Package for Social Science
    • Kursus kajian gunaan
    • Kursus pendedahan kepada pemilikan harta intelek
  • Penandaarasan di organisasi penyelidikan
  • Kolokium / seminar / persidangan / forum penyelidikan
  • Penerbitan makalah / diges PMU

 

Pencapaian


No.

Kertas Kajian

Penyelidik

Seminar

Tempat

1.      

Kepimpinan Transformasi Di Politeknik

Zamry Ahmad Mokhtar & Nur Ashikin Lakman

Seminar Kebangsaan Pengurusan

Pendidikan PKPGB, 16 Oktober 2008

Tun Hussein Onn Technology University (UTHM), Batu Pahat, Johor

2.      

Kemahiran Pengurusan Pengetua

Sekolah Teknik Dan Vokasional

Mohd Iqbal Syazwan Azizan & Mohd Zahri Jaafar

3.      

Kepimpinan Transformasi Di Sekolah Kluster: Suatu Perbincangan

Mohd Zahri Jaafar & Nazni Hani Arshad

4.      

Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar Di Politeknik KPTM (Zon Selatan)

Ridzman Hussein @ Ibrahim & Mahdzir Jamia’an

Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan, 13 -14 November 2008

Grand Continental Hotel, Kuantan, Pahang

5.      

Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis di Politeknik Malaysia

Mohd Syafaril Jamaluddin & Zamry Ahmad Mokhtar

6.      

Penerapan Kemahiran Generik: Perlukah strategi pengajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar?

Mohd Zahri Jaafar & Khairul Nizam Kamarudin

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, 2-3 Disember 2008

Grand Season Hotel, Kuala Lumpur

Last Updated ( Tuesday, 06 April 2010 20:11 )  

Aplikasi Online

Facebook

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Semakan keputusan peperiksaan pelajar

Twitter fox

CIDOS
Curriculum Information Document Online System

Friend Feed

E-SIS
Electronic Staff Information System

 

Muat Turun

Sample image

Dokumen & Borang Pelajar

Muat turun dokumen dan borang berkaitan pelajar.
Sample image

Dokumen Tender/Sebut Harga

Dokumen untuk penyertaan tender/sebut harga PMU.
Sample image

Perisian

Perisian percuma.

Info Web

Jumlah akses sejak 1 Jan 2010
Kemaskini terakhir
  18 Ogos 2010

You are here: Utama Unit Sokongan Pentadbiran Penyelidikan & Pembangunan