Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah sebuah Jabatan Akademik utama di Politeknik Mukah Sarawak. Penubuhannya adalah selari dengan halatuju PMU di mana pengambilan kumpulan pelajar pertama yang terdiri daripada pelajar kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Diploma kejuruteraan Elektrik memulakan sesi pengajian pada Januari 2007.
JKE menawarkan program dalam bidang elektrik dan elektronik bagi menampung permintaan tinggi di dalam industri semasa.
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE)
Program
Diploma Kejuruteraan Elektonik - (DKE)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur peralatan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan industri. Program ini mengandungi kursus asas Elektrik dan Elektronik, Pemasangan Elektrik, Sistem Digital, Litar Elektronik, Telekomunikasi, Peralatan & Kawalan dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan kursus pengkhususan dalam bidang Elektronik seperti Penyelengaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Audio Visual, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi, Sistem Kawalan Automatik, Komunikasi Data dan Projek.
Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik, penjanaan dan kawalan elektronik.
Fasiliti
Dari segi fasiliti fizikal, JKE memilliki kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Antara kemudahan dan fasiliti di JKE adalah seperti;
- Dewan Kuliah Mini (Kapasiti 200 pelajar)
- Bilik kelas
- Bilik Pembentangan Projek
- Makmal Baikpulih
- Makmal Pendawaian
- Makmal Teknologi Elektrik
- Makmal Projek
- Makmal Pengaturcaraan
- Makmal CAD
- Makmal Telekomunikasi
- Makmal Digital
- Makmal Mesin
-
Makmal Kuasa
Staf
| Bil | Nama | Kelulusan | Jawatan | |||
| 01 | MAHDZIR B. JAMIA'AN |
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (UTHM) Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) |
Ketua Jabatan | |||
| 02 | HARMEN MUDA | Sarjana Muda Kej. (Kej. Sistem Elektrik) (UNIMAP) | Ketua Program | |||
| 03 | ROHAIDA BINTI ABU BAKAR |
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (UTHM) Sarjana Muda Kej. (Elektrik) –(UTHM) Diploma Kej. Elektronik (PKS) |
Ketua Program | |||
| 04 | ABDUL RAZIF BIN AHMAD |
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kej. Elektrik) (UTM) Diploma Perguruan Khas (Kej. Elektrik) (MPTKL) |
Pensyarah | |||
| 05 | ABDUL FATA BIN ABDUL TALIP |
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (UTHM) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) (UTHM) |
Pensyarah | |||
| 06 | FARIZA BT. ISHAK |
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (UTHM) Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) Diploma Kej. Elektrik (Elektronik) (UiTM) |
Pensyarah | |||
| 07 | FAUZI BIN GHANI | Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) | Pensyarah | |||
| 08 | HALIMAH BT. ROBERT |
Sarjana Muda Kej. (Kej. Elektronik dan Telekomunikasi) (UNIMAS) |
Pensyarah | |||
| 09 | HASYIMAH BT. AHMAD |
Sarjana Muda Kej. (Kej. Elektronik dan Telekomunikasi) (UNIMAS) |
Pensyarah | |||
| 10 | HATTA AZUWAR BIN DAHLAN | Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) | Pensyarah | |||
| 11 | HISYAMSANI BIN IDRIS | Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) | Pensyarah | |||
| 12 | KUMAR BONIFACE JUBILEE | Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) | Pensyarah | |||
| 13 | ISKANDAR BIN REDUAN | Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTM) | Pensyarah | |||
| 14 | MICHAEL SILANG AK. GEORGE ALBERT |
Sarjana Muda Kej. Elektrik (Kawalan, Instrumentasi dan Automasi) (UteM) Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) - PKS |
Pensyarah | |||
| 15 | MUHAMMAD FUADDIL BIN NOR AHAD |
Sarjana Muda Kej. (Kej. Elektronik dan Telekomunikasi) (UNIMAS) |
Pensyarah | |||
| 16 | MULIADI BIN WAHID |
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (UTHM) Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) Diploma Kej. Elektrik (Perhubungan) (UTM) Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) (PKS) |
Pensyarah | |||
| 17 | NOR ASRINA BT. RAMLEE |
Sarjana Muda Kej. (Kej. Elektronik dan Telekomunikasi) (UNIMAS) |
Pensyarah | |||
| 18 | SALTIHIE BIN ZENI |
Sarjana Muda Kej. (Kej. Elektronik dan Telekomunikasi) (UNIMAS) |
Pensyarah | |||
| 19 | RIDZMAN BIN HUSSIN @ IBRAHIM |
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (UTHM) Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTM) |
Pensyarah | |||
| 20 | SAMSAWI BIN BUJANG |
Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTM) Diploma Kej. Elektrik (Perhubungan) (UTM) |
Pensyarah | |||
| 21 | SHIRLEY ANAK RUFUS |
Sarjana Muda Kej. Elektrik (UiTM) Diploma Kej. Elektrik (Elektronik) (UiTM) |
Pensyarah | |||
| 22 | SUSIE PATRICIA ANAK BUJANG | Sarjana Muda Kej. (Elektrik) (UTHM) | Pensyarah | |||
| 23 | SYAHRIL IZWAN BIN ABDUL YAMIN |
Sarjana Muda Kej. Elektrik (Telekomunikasi) (UTHM) Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) (POLIMAS) |
Pensyarah | |||
| 24 | PHILIPS DHARMARAJ |
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (UTHM) Diploma Kej. Elektrik (Perhubungan) (UTM) Sijil Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (PKB) |
Pensyarah | |||
| 25 | MUHAMMAD FIRDAUS B. MUHAMMAD ZUBLIEE | Diploma Kej. Elektrik (Pendidikan) (UTHM) | Pensyarah | |||
| 26 | AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN | Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKS) | Juruteknik Elektrik | |||
| 27 | WEE LAN ING | Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum) (PKS) | Pembantu Makmal | |||





Jabatan Akademik