Politeknik Mukah Sarawak

Jabatan Kejuruteraan Awam

E-mail Print PDF

Pengenalan


Di awal penubuhan Politeknik Mukah, Jabatan Kejuruteraan Awam  (JKA) telah sedia memberi penekanan yang utama  di dalam memenuhi visi dan misi Politeknik Mukah untuk menghasilkan graduan separa profesional yang berkualiti tinggi. Jabatan Kejuruteraan Awam bertanggungjawab di dalam menyediakan pendidikan yang relevan dan dinamik seiring dengan latihan praktikal yang bertepatan dengan bidang Kejuruteraan Awam.


JKA merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Mukah, yang pada masa kini mempunyai 26 orang pensyarah dan 3 orang staf bukan akademik. Seiring dengan matlamat untuk menghasilkan  graduan yang mampu berdaya saing, JKA dilengkapi dengan kemudahan pengajaran, pembelajaran serta praktikal yang merangkumi pelbagai jenis makmal dan bengkel. Program yang ditawarkan adalah:

  • Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

 

Program


Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan awam. Program ini merangkumi 6 semester perkuliahan. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan kursus-kursus  pengkhususan dalam bidang kejuruteraan awam  seperti Bahan & Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Ukur Kejuruteraan, Makmal Kejuruteraan Awam, Aturcara Kontrak & Ukur Binaan, Mekanik Struktur, AutoCADD, Geoteknik, Hidraulik, Kejuruteraan Jalan Raya, Rekabentuk Struktur Konkrit Bertetulang, Kejuruteraan Jalan Raya & Pengangkutan, Teori Struktur, Kejuruteraan Tapak, Pengurusan Pembinaan, Hidrologi, Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa dan Projek Kejuruteraan Awam. Kursus-kursus elektif seperti Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Teknologi Persekitaran dan Keusahawanan juga ditawarkan sebagai pilihan kursus kepada para pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik Awam, Penyelia Tapak, Kerani Tapak, Juru Ukur, Pembantu Jurutera dan Kontraktor Pembinaan serta lain-lain kerjaya yang berkaitan bidang Kejuruteraan Awam. Lulusan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Kejuruteraan Awam.
 

Fasiliti


Dari segi fasiliti fizikal, JKA memilliki kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Antara kemudahan dan fasiliti di JKA adalah seperti;

  • 1 Dewan Kuliah Mini (Kapasiti 200 pelajar)
  • 11 bilik kuliah
  • 1 Makmal Konkrit
  • 1 Makmal Ukur Kejuruteraan
  • 1 Makmal Mekanik Struktur
  • 1 Makmal Hidraulik
  • 1 Makmal Geoteknik
  • 1 Makmal Kejuruteraan Jalan Raya
  • 1 Bengkel Paip
  • 1 Bengkel Kayu
  • 1 Bengkel Bata
  • 1 Bilik Lukisan Kejuruteraan

 

Staf


Bil    Nama     Kelulusan    Jawatan
01   SUHAILI BIN ALEH   STP (Civil Eng.) (UTM)   Ketua Jabatan
             
02   SYAMSIAH BT HUSSIN   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Ketua Program
             
03   ZAHARI BIN MOHAMAD   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
04   WAN SRIHATI AZURAHAYU BINTI
WAN AHMAD @ WAN ADNAN
  M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
05   MOHD HILMEI BIN ABD AZIF   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
06   JOHARI BIN KUSAI   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
07   SHAHRUN NAZIDA BINTI SALLEH   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
08   MOHD SYAFARIL BIN JAMALUDDIN   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
09   NORMAWATI BINTI ABDUL RAHMAN   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
10   ZAIDAH BINTI ABDUL UMAR   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
11   ANUAR BIN A. RAHMAN   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
12   MOHAMMAD PAUZI BIN MOKHTAR   M.Ed. (Voc. & Tech)
B.Eng. (Civil) Hons
  Pensyarah
             
13   NORMAH BINTI JAINUDIN   B.Eng. (Civil) Hons
Dip. Eng. (Civil)
  Pensyarah
             
14   SITI ROZANA BINTI ROMALI   B.Eng. (Civil) Hons
Dip. Eng. (Civil)
  Pensyarah
             
15   SANMASTRI BINTI SANUSI   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
16   AZRINA BINTI MADIHI   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
17   FLORA ANAK ALBERT DAUD   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
18   NORSIDA BINTI MORSIDI   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
19   MOHD MUBARAK BIN SHAMSUDDIN   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
20   KHAIRULZAMIL BIN MD. NAZIMUDDIN   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
21   MOHD HAKIMI BIN SHAIBON   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
22   MOHD FADZLI BIN JAWAWI   B.Eng. (Civil) Hons   Pensyarah
             
23   REMINJUS ANDING   B.Eng. (Civil) Hons
Dip. Pend. Lepasan Ijazah (Teknologi Kejuruteraan)
Dip. Eng. (Civil)
Cert. Eng. (Civil)
  Pensyarah
             
24   MOHD ZULKHAIRI BIN DAUD   Dip. Eng. (Civil)   Pensyarah
             
25   TUAN SYED MOHD HASHIM BIN WAN OTHMAN   Dip. Eng. (Civil)   Pensyarah
             
26   HUSSEIN BIN ALIAS   Dip. Eng. (Civil)   Pensyarah
             
27   NIK MOHD IZNAN BIN TUAN YAAKUB   Dip. Eng. (Civil)   Pensyarah
             
28   SHAHRULNIZAM BIN BAHARI   Dip. Eng. (Civil)   Pensyarah
             
29   MOHD JUNAIDI BIN ARSAT   Dip. Eng. (Civil)   Juruteknik Awam
             
30   ADENI BIN OTHMAN       Pembantu Am Pejabat


 

 

Aplikasi Online

Facebook

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Semakan keputusan peperiksaan pelajar

Twitter fox

CIDOS
Curriculum Information Document Online System

Friend Feed

E-SIS
Electronic Staff Information System

 

Muat Turun

Sample image

Dokumen & Borang Pelajar

Muat turun dokumen dan borang berkaitan pelajar.
Sample image

Dokumen Tender/Sebut Harga

Dokumen untuk penyertaan tender/sebut harga PMU.
Sample image

Perisian

Perisian percuma.

Info Web

Jumlah akses sejak 1 Jan 2010
Kemaskini terakhir
  18 Ogos 2010

You are here: Utama Jabatan Akademik Kejuruteraan Awam