Adalah dukacita dimaklumkan bahawa Sistem Pendaftaran Pelajar Senior Secara Online mengalami masalah teknikal dan kini SEDANG DISELENGGARAKAN. Walau bagaimanapun, para pelajar masih perlu menjelaskan kesemua Yuran Pengajian, Asrama & Pendaftaran di mana-mana Cawangan BSN (Yuran Pengajian & Asrama) dan Maybank (Yuran Pendaftaran) SEBELUM Tarikh Melapor Diri di Kampus Politeknik seperti butiran berikut :-
TARIKH : 26 & 27 Jun 2010 (Sabtu dan Ahad)
WAKTU : 8.30 AM – 4.30 PM
TEMPAT : Kafeteria Politeknik Mukah Sarawak
PAKAIAN : Kemas, bersih, sopan, menutup aurat dan berambut pendek (lelaki)**
*(Seperti yang termaktub dalam Etika Berpakaian Pelajar Politeknik Mukah Sarawak)
*Pada 28 JUN 2010 (ISNIN) semua Pelajar Senior diminta untuk berurusan di Jabatan masing-masing berkaitan dengan urusan Pendaftaran Kursus/Modul dengan berjumpa Pensyarah Akademik masing-maisng.
Sehubungan dengan itu, para pelajar di minta untuk menjelaskan semua Yuran SEBELUM hari melapor diri di Politeknik. Yuran yang dimaksudkan ialah :
1) Yuran Pengajian (BSN) : RM200.00
2) Yuran Asrama (BSN) : RM60.00 (Sekiranya di tawarkan asrama)
3) Yuran Pendaftaran (Maybank) : Anggaran dari RM100.00 hingga 200.00 (Sila muat turun jadual pembayaran DI SINI)
Para pelajar boleh menggunakan slip Deposit BSN untuk bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (gunakan slip deposit BSN yang berasingan untuk kedua-dua jenis yuran ini). Manakala untuk Yuran Pendaftaran menggunakan slip Simpanan Maybank yang terdapat di mana-mana Cawangan Maybank seluruh Malaysia. Para pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mesin pendeposit untuk membuat pembayaran.
No Akaun Bank Simpanan Nasional : 1355029000186709
(Nama Akaun: POLITEKNIK MUKAH SARAWAK)
No Akaun Maybank :511104122305
(Nama Akaun: KOPERASI POLITEKNIK MUKAH BERHAD)
Untuk pelajar yang kembali dari Latihan Industri, sila RUJUK DI SINI untuk maklumat pendaftaran pelajar yang telah menjalani Latihan Industri.
Senarai Muat Turun
- Carta Alir Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2010
- Carta Alir Pendaftaran Kamsis Sesi Jun 2010
-
Jadual Bayaran Yuran Pelajar Senior Sesi Jun 2010
Untuk makluman lanjut mengenai pendaftaran pelajar sila hubung terus ke Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Mukah Sarawak di talian 084-874001.




