Politeknik Mukah Sarawak

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM)

E-mail Print PDF

Pengenalan


Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM) berfungsi sebagai unit sokongan akademik yang menyediakan alat-alat bantuan mengajar untuk pensyarah-pensyarah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. UIDM juga menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua warga Politeknik  bagi menjalankan aktiviti pada bila-bila masa.  

Tujuan UIDM adalah bagi mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. membimbing pensyarah menggunakan teknologi multimedia dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif bagi mewujudkan budaya penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan teknikal di Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia.

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM) mempunyai  bilik-bilik iaitu Bililk Tonton, Bilik Multimedia, Studio Rakaman Suara, Studio Gambar, Bilik Cetak dan Bilik Kakitangan.

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM) menyediakan peralatan dan kelengkapan seperti kamera video, perakam video, TV dan peralatan lain bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dibenarkan meminjam peralatan tersebut dengan sokongan pensyarah atau penasihat kelab masing-masing.

Unit ini juga bertanggung jawab untuk membuat liputan dan penyediaan serta bantuan teknikal audio visual majlis-majlis penting di  Politeknik Mukah Sarawak seperti Majlis Konvokesyen, Sambutan Majlis kemerdekaan dan sebagainya.

 

Fungsi


  • Membuat rakaman siaran langsung
  • Merakamkan aktiviti rasmi PMU secara video dan gambar still.
  • Menyediakan tayangan-tayangan multimedia bagi menjayakan sesuatu program seperti Hari
  • Kualiti, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Minggu Suai Kenal dan sebagainya.
  • Mengeluarkan produk multimedia dalam bentuk video, audio dan slide.
  • Menyediakan peralatan audio, video, komputer, Projektor LCD dan kamera bagi menjayakan proses pengajaran dam pembelajaran.
  • Menerbitkan laporan tahunan PMU.
  • Menghasilkan brosur PMM dan jabatan-jabatan yang terdapat di PMU.
  • Bilik seminar atau tayangan yang selesa.
  • Merekabentuk dan mencetak banner, poster, sticker dan sebagainya.
  • Menyalin VCD dan DVD bagi P&P dalam margin yang besar.

 

Perkhidmatan


Perkhidmatan Audio Video
Urusan Penyediaan Perkhidmatan Audio-Video
Urusan Penyediaan Perkhidmatan Pinjaman Peralatan Audio-Video
Urusan Pemulangan Peralatan Audio-Video
Urusan Penyediaan Perkhidmatan Salinan Bahan multimedia
Urusan Pengemaskinian Inventori  Peralatan Audio Video
Urusan Perkhidmatan Fotografi

 
Arkib
Mengumpul dan mengarkib bahan-bahan audio visual

Penerbitan
Urusan Perkhidmatan Penerbitan

Percetakan
Urusan Percetakan Bahan

Penyelenggaraan
Urusan Penyelenggaraan Peralatan

 

Staf


Bil      Nama Staf      Jawatan  
01.   MAZIRA BINTI RAMLI   Pegawai Multimedia dan Sumber 41  
           
02.   WAN HANAFIAH BIN WAN MASHOR   Juruteknik Elektrik J17  
           
03.   MOHD. YAZID BIN ZALANI   Pembantu Am Pejabat N1  
           
           
           
           
Last Updated ( Wednesday, 09 June 2010 12:37 )  

Aplikasi Online

Facebook

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Semakan keputusan peperiksaan pelajar

Twitter fox

CIDOS
Curriculum Information Document Online System

Friend Feed

E-SIS
Electronic Staff Information System

 

Muat Turun

Sample image

Dokumen & Borang Pelajar

Muat turun dokumen dan borang berkaitan pelajar.
Sample image

Dokumen Tender/Sebut Harga

Dokumen untuk penyertaan tender/sebut harga PMU.
Sample image

Perisian

Perisian percuma.

Info Web

Jumlah akses sejak 1 Jan 2010
Kemaskini terakhir
  18 Ogos 2010

You are here: Utama Unit Sokongan Pentadbiran Instruksional & Multimedia