Berikut adalah keputusan kelayakan mendiami kamsis bagi pelajar lelaki (termasuk kemaskini untuk blok A4) dan keputusan bagi pelajar-pelajar perempuan berdasarkan mata merit terkumpul pelajar untuk Sesi Januari 2010. Bagi pelajar-pelajar yang tersenarai sebagai tidak layak mengikut keperluan yang ditetapkan iaitu mata merit lebih daripada 0 (mata merit>0), pelajar boleh membuat rayuan terus kepada Ketua Felo Kamsis PMU,

melalui surat atau faksimili ataupun email di alamat azman_9404 @ yahoo.com.my dengan kadar yang segera dengan menyertakan nama penuh, nombor pendaftaran pelajar, nombor bilik serta jumlah mata merit yang telah diperolehi pada Sesi Januari 2010. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Felo PMU dan Pengurusan Kamsis PMU akan menguruskan setiap kes rayuan dengan sewajarnya. Bagaimanapun bagi pelajar-pelajar yang mempunyai rekod kesalahan disiplin yang tinggi sebarang rayuan hanya dapat diputuskan oleh pihak Pengurusan Tertinggi PMU.
Semakan kelayakan menduduki kamsis
Sekian, terima kasih
Ketua Felo
Politeknik Mukah Sarawak





Info Pelajar