Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2010 telah dijalankan pada 19 - 20 Jun 2010 bermula jam 8.00 pg - 5.00 petang. Seramai 450 orang pelajar baru telah mendaftar pada sesi yang diadakan selama 2 hari tersebut dan dijangka seramai 200 lagi pelajar yang akan mendaftar sepanjang minggu pertama semester ini.
Sebanyak 9 Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengendalikan proses pendaftaran dan Minggu Suai Kenal (MSK) yang mana ia melibatkan staf pentadbiran dan juga pensyarah-pensyarah PMU. Proses pendaftaran berlansung dengan lancar. Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada para pelajar yang telah mendaftar.



Sumber berita dan gambar: Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia PMU




