Politeknik Mukah Sarawak

Perutusan Pengarah

E-mail Print PDF

Dr. Mohd. Nasir bin Abu Hassan, K.M.N.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Politeknik Mukah Sarawak. Melalui laman web ini, adalah diharapkan akses maklumat berkenaan dengan PMU menjadi lebih mudah dan pantas. Kewujudan laman web ini juga dilihat selari dengan motto PMU itu sendiri, iaitu “IT Teras Entiti”.

Politeknik Mukah Sarawak telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2005. Enrolmen pelajar bertambah dengan angka yang membanggakan, begitu juga dengan penawaran program akademik. Dengan perkembangan positif ini, PMU akan sentiasa berusaha untuk berkembang selari dengan pertambahan pelajar dengan meningkatkan kemudahan pembelajaran dan pengajaran, kemudahan kampus serta pertambahan tenaga pengajar.

Selain pengukuhan institusi, sumbangan dan hubungan kepada komuniti juga tidak diketepikan. PMU akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan komuniti setempat dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang dianggap boleh memberi manfaat. PMU juga akan berazam untuk menjadi pusat rujukan dalam bidang-bidang tertentu untuk komuniti setempat.

Adalah diharapkan agar laman web ini menjadi saluran dan media maklumat terkini yang menjadi akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan dengan PMU.

Saya juga di sini ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Pembangunan Laman Web ini yang terdiri dari staf akademik Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK). Ini selaras dengan matlamat PMU untuk mencapai 'niche area' dalam bidang teknologi maklumat. Terima kasih juga kepada Unit Teknologi Maklumat PMU yang turut memberikan kerjasama dalam proses pembangunan ini, serta unit dan jabatan lain yang pastinya banyak membantu Pasukan Pembangunan Laman Web PMU.

Terima kasih dan selamat melayari laman web kami!

Dr. Mohd. Nasir bin Abu Hassan, K.M.N.
Pengarah

Politeknik Mukah Sarawak

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 14:33 )  

Aplikasi Online

Facebook

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Semakan keputusan peperiksaan pelajar

Twitter fox

CIDOS
Curriculum Information Document Online System

Friend Feed

E-SIS
Electronic Staff Information System

 

Muat Turun

Sample image

Dokumen & Borang Pelajar

Muat turun dokumen dan borang berkaitan pelajar.
Sample image

Dokumen Tender/Sebut Harga

Dokumen untuk penyertaan tender/sebut harga PMU.
Sample image

Perisian

Perisian percuma.

Info Web

Jumlah akses sejak 1 Jan 2010
Kemaskini terakhir
  18 Ogos 2010

You are here: Utama Mengenai PMU Perutusan Pengarah