Politeknik Mukah Sarawak

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

E-mail Print PDF

Pengenalan


Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) merupakan salah sebuah jabatan akademik utama di Politeknik Mukah Sarawak. Penubuhannya adalah selari dengan permulaan operasi PMU di mana pengambilan kumpulan pelajar pertama yang terdiri dari pelajar kursus Sijil Teknologi Maklumat memulakan sesi pengajian pada Julai 2005.

JTMK menawarkan program di dalam bidang teknologi maklumat & komunikasi (ICT) bagi menampung permintaan tinggi di dalam bidang ICT semasa. Program yang ditawarkan adalah;

  • Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) (DIP)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) (DNS)

 

 

 

Program



Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) - (DIP)

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kursus ini menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Teknologi Perkakasan Komputer, Sistem Digit, Pengaturcaraan Visual Basic, Aplikasi Pangkalan Data, Sistem Pengoperasian, Rangkaian Komputer, Rekabentuk & Analisa Sistem, Pengaturcaraan C++, Keusahawanan Siber, Pengaturcaraan Java Interaktif, Aplikasi Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Keselamatan Rangkaian, Struktur Data, Pengarangan Web, Pengaturcaraan Web, dan Projek. Modul-modul elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pemasaran di Dalam Teknologi Maklumat, Audio Video Digital, Penerbitan Desktop dan Analisis Statistik juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Juru Analisa Sistem, Juruteknik, Pengaturcara, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan lain-lain kerjaya di dalam bidang IT. Lulusan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang teknologi maklumat

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) - (DNS)

Program ini memberi kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat dengan pengkhususan di dalam rangkaian komputer. Pelajar akan menjalani kuliah, sesi amali, tugasan, projek serta turut dikehendaki membuat penilaian secara atas talian untuk modul-modul tertentu, selain menjalani latihan di industri. Antara kursus yang perlu diikuti oleh pelajar sepanjang pengajian adalah seperti Matematik I dan II, Prinsip Pengaturcaraan, Aplikasi Komputer, Perkakasan Komputer, Logik Digital, Asas Pengaturcaraan Dengan C++, Asas Sistem Pengoperasian, Asas Rangkaian, Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka, Pengaturcaraan Berasaskan Objek, Sistem Pangkalan Data, Perkhidmatan Internet, Keusahawanan Siber, Analisis dan Rekabentuk Projek, Switching & Routing, Pengurusan Pelayan, Pengaturcaraan Visual Basic.Net, Rekabentuk Rangkaian, Keselamatan Rangkaian dan Projek Rangkaian. Selain kursus-kursus teras, pelajar juga ditawarkan untuk mengambil kursus elektif seperti Telekomunikasi dan Senibina Komputer. Graduan yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda di dalam bidang teknologi maklumat selain menceburi kerjaya sebagai Juruteknik Rangkaian, Pembantu Pentadbir Rangkaian, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan lain-lain kerjaya di dalam bidang IT.

 

 

Fasiliti


Dari segi fasiliti fizikal, JTMK memilliki kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Antara kemudahan dan fasiliti di JTMK adalah seperti;

  • 1 Dewan Kuliah Mini (Kapasiti 200 pelajar)
  • 17 bilik kelas
  • 6 Makmal Pembangunan Aplikasi
  • 2 Makmal Rangkaian dan Komunikasi
  • 2 Makmal Sistem Komputer dan Digital
  • 3 Makmal Hypermedia
  • 4 Makmal Teknologi Maklumat
  • 2 Bilik Projek
  • 1 Bilik Persembahan

 

 


Staf


Bil    Nama Staf     Kelulusan    Jawatan
01   HAZATTA BIN MORSHIDI   BSc. (Hons.) Multimedia Tech. (UMS)
Dip.Ed. (Technical) (UMS)
Dip. Comp. Sc. (UPM)
  Ketua Jabatan
             
02   SUDIMAN BIN SUHAILI   B.IT (Hons.) Industrial Comp. (UKM)
Dip.Ed. (Technical) (UMS)
  Ketua Program
Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
             
03   HERASUHANTI BINTI HERMAIN   MSc. (IT) (UITM)
B. Comp. Sc. (Comp. Sys.) (UPM)
Dip.Ed. (Technical)(UMS)
  Ketua Program
Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
             
04   SITI HASMAH BT ABG MON   B.IT (Hons.) (Multimedia Computing) (UNIMAS)
Dip.Ed. (MP Perlis)
  Ketua Program
Sijil Teknologi Maklumat
             
05   EN. FIFDIL MAJIWAN   M. Ed.(Technic & Voca.) (UTHM)
Bac.Comp. Sc. (Hons.) (Software Eng.) (KUKTEM)
  Pensyarah
             
06   ABDULLAH @ MAT YUSOF BIN YAACOB   MIT (UKM)
BBA (Hons) (UUM)
Dip. (UDM)
   Pensyarah
             
07   RUDOLF FELIX BAISING   B. Comp. Sc. (Comp. Sys. & Networking) (UMP)   Pensyarah
             
08   FAIROSE BT. MOHTAR   B.IT (UUM), Dip.Ed. (MP Perlis)   Pensyarah
             
09   AZMAN BIN AHMAD   M. Ed. (Technic & Voca.) (UTHM)
B.IT (KUITTHO), Dip. IT (PJB)
  Pensyarah
             
10   ROHALIZA BT. KARIM   Bac. Multimedia (UUM),
Dip.Ed. (MP Perlis)
  Pensyarah
             
11   SURAFAH BT. MOS   B.IT (Software Eng.) (UNIMAS),
Dip.Ed. (MP Perlis)
  Pensyarah
             
12   JESSIE BT. SELAHAT   B. Comp. Sc. (Multimedia) (UPM),
Dip.Ed. (Technical) (UMS)
  Pensyarah
             
13   AISYAH SUHAILLA BT. HJ. JILI   B.IT (Hons.)(Info. Sys.) (UNIMAS)
Dip.Ed. (Technical) (UMS)
  Pensyarah
             
14   MAZLIZA BT. ROSLAN   Bac. Multimedia (UUM),
Dip.Ed. (Technical) (UMS)
  Pensyarah
             
15   SAFINAH BT. NAWAWI   B. Comp. Sc. (Info. Sys.) (UNIMAS)   Pensyarah
             
16   NUREDZAN BT. ZALUDIN   B.Sc. (Comp.) (UTM)   Pensyarah
             
17   FAUZIAH B. BASOK   M. Ed. (Technic & Voca.) (UTHM)
B. IT. (KUITTHO)
  Pensyarah
             
18   ROZIAH BT. ZAINAL ABIDIN   B. IT (Hons.) (Network Comp.) (UNIMAS)   Pensyarah
             
19   NAZNI HANI BIN ARSHAD   M. Ed. (Technic & Voca.) (UTHM)
B. IT (Hons.) (UUM)
  Pensyarah
             
20   FAIZAH HANI ABDUL RASHID   M. Ed. (Technic & Voca.) (UTHM)
B.  IT (Hons.) (UTHM)
Sijil Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (PPD)
  Pensyarah
             
21   SYAIFUL BACHTIAR BIN SHAHINAN @ NEN   Sarjana Muda Tek. Maklumat
(Kepintaran Buatan) (UUM)
Dip. Ed. (Technical) (UMS)
  Pensyarah
             
22   MUHAMMAD FAIZ BIN PAUZI   Diploma Teknologi Maklumat (UTM)
Ijazah Sarjana Muda Tek. Maklumat (UTM)
   Pensyarah
             
23   HAFEEZUL ADZLY JOSE   Sijil Teknologi Maklumat (PKS)   Juruteknik Komputer
             
25   CHRISTINA BINTI MAHMUD       Pembantu Am Pejabat

                                                                                                                                                                                                         ke atas

Last Updated ( Tuesday, 04 May 2010 22:38 )  

Aplikasi Online

Facebook

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Semakan keputusan peperiksaan pelajar

Twitter fox

CIDOS
Curriculum Information Document Online System

Friend Feed

E-SIS
Electronic Staff Information System

 

Muat Turun

Sample image

Dokumen & Borang Pelajar

Muat turun dokumen dan borang berkaitan pelajar.
Sample image

Dokumen Tender/Sebut Harga

Dokumen untuk penyertaan tender/sebut harga PMU.
Sample image

Perisian

Perisian percuma.

Info Web

Jumlah akses sejak 1 Jan 2010
Kemaskini terakhir
  18 Ogos 2010

You are here: Utama Jabatan Akademik Tek. Maklumat & Komunikasi