Politeknik Mukah Sarawak

Unit Peperiksaan

E-mail Print PDF

Pengenalan


Unit Peperiksaan Politeknik Mukah Sarawak terletak di Aras 2 Bangunan Pentadbiran PMU. Unit ini berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan peperiksaan di setiap Jabatan Akademik. Unit Peperiksaan Politeknik Mukah Sarawak diketuai oleh Pegawai Peperiksaan (DH41) dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (N27), seorang Pembantu Tadbir (N17) dan seorang Pembantu Am Pejabat (N1) . Pegawai Peperiksaan juga dibantu oleh sekurang-kurangnya dua orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik dari setiap Jabatan Akademik Induk Dan Jabatan Sokongan yang masing-masing berperanan menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan penilaian, data, bank soalan dan pensijilan. Penyelaras Peperiksaan Jabatan bagi setiap jabatan akan berada di bawah Ketua Penyelaras Peperiksaan Jabatan merujuk kepada carta organisasi jabatan masing-masing.

Tugas Pegawai Peperiksaan adalah bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk jabatan masing - masing.

Unit Peperiksaan dilengkapi khas dengan peralatan-peralatan seperti komputer, mesin cetak, dan sebuah bilik keselamatan (kebal) khas untuk menyimpan kertas- kertas soalan peperiksaan akhir.

 

Fungsi


Unit Peperiksaan bertanggungjawab untuk;

  • Menyedia, mendokumen dan menyerahkan senarai nama pelajar yang tamat pengajian untuk diperakukan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Menyediakan statistik peperiksaan akhir semester bagi rujukan Sektor Pengurusan Politeknik dan pengurusan Politeknik Mukah Sarawak.
  • Menyediakan sijil/diploma pelajar yang telah tamat pengajian setelah memenuhi keperluan program.
  • Menyedia, memproses dan mengeluarkan keputusan peperiksaan semester akhir pelajar mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen ISO.
  • Melaksana, menyelaras dan mengemaskini perubahan baru dalam peperiksaan politeknik dari semasa ke semasa merujuk kepada keperluan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Sektor Pengurusan Politeknik.
  • Melaksana dan mengemaskini proses penilaian dan peperiksaan merujuk kepada Panduan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik
  • Melaksana, menyelaras dan memantau peraturan penilaian peperiksaan yang sedang dijalankan oleh jabatan.
  • Melaksanakan sistem pengurusan soalan peperiksaan dengan mewujudkan bank soalan berpandukan kepada proses kendalian yang didokumenkan dalam buku Garispanduan dan Prosedur Pelaksanaan Bank Soalan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Sektor Pengurusan Politeknik.
  • Menyediakan arkib bagi data graduan politeknik.
  • Mengurus, mendokumen dan merekodkan perkara yang berkaitan peperiksaan.

 

Fasiliti


Bagi memenuhi keperluan dan pengurusan peperiksaan, Unit Peperiksaan memiliki fasiliti berikut;

  • Bilik Komputer
  • Bilik Kebal
  • Bilik Cetak
  • Bilik Mesyuarat
  • Surau

 

Aktiviti Penilaian & Peperiksaan


Proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik merangkumi aktiviti penilaian yang melibatkan Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). Bagi aktiviti Penilaian Berterusan ianya dilaksanakan sepanjang semester pengajian bermula dari minggu pertama semester  sehingga minggu ke lapan belas.

Penilaian Akhir akan dilaksanakan pada Peperiksaan Akhir Semester yang dijalankan dua kali setahun pada setiap hujung semester iaitu pada setiap minggu ke sembilan belas dan dua puluh tiap-tiap semester. Setiap keputusan peperiksaan   akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli - Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik yang dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Mukah Sarawak.  Ahli - ahli jawatankuasa yang lain terdiri daripada Pegawai Peperiksaan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua unit yang dilantik oleh Pengarah.  Walaubagaimanapun pengesahan keputusan muktamad Peperiksaan Akhir adalah tertakluk kepada Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Malaysia.

Semua  aktiviti peperiksaan yang dilaksanakan bagi sepanjang semester dan sepanjang tahun adalah merujuk kepada Takwim Aktiviti-aktiviti Peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik KPTM.

 

Kaedah Penilaian


Kaedah penilaian dan peperiksaan yang dilaksanakan dalam sistem peperiksaan politeknik KPTM adalah tertakluk kepada Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian yang dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan Dan Penilaian, Sektor Pengurusan Politeknik KPTM. Semua kursus akan dinilai secara berterusan sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. Kursus Am dan kursus-kursus yang tidak melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai secara 100% Penilaian Berterusan (PB). Kursus yang melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai berdasarkan kepada 50% Penilaian Berterusan (PB) dan 50% Peperiksaan Akhir (PA).


Bagi pelajar yang telah menerima keputusan peperiksaan akhir semester pada tarikh keputusan rasmi, pelajar-pelajar ini akan mempunyai status kelulusan tertentu yang telah dikodkan. Contohnya pelajar-pelajar yang mempunyai kod keputusan peperiksaan akhir semester dengan Kedudukan Baik (KB) dan Kedudukan Bersyarat (KS), maka pelajar-pelajar ini boleh meneruskan pengajian seperti biasa pada semester hadapan.


Jika pelajar gagal setelah membawa kursus kali pertama pelajar boleh diberi peluang untuk mendudukinya buat kali kedua. Pelajar hanya dibenarkan untuk menduduki sesuatu kursus kepada maksimum tiga kali sahaja. Jika gagal kursus yang sama lebih dari tiga kali maka pelajar akan mendapat keputusan Gagal Diberhentikan (GB) dari pengajian.  Pelajar yang membawa kursus dibenarkan untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya tetapi mesti tiada pertindihan jadual waktu dengan  kursus yang didudukinya pada semester semasa.  Jika berlaku pertindihan, maka kursus semasa hendaklah ditunda kepada semester berikutnya.

  • Sistem Nilaian Mata
Sistem penilaian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu kursus dan dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM). Mengikut sistem ini, prestasi pelajar bagi sesuatu kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan markah atau gred. Satu ukuran prestasi akan digunakan bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNM menunjukkan prestasi pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan prestasi pelajar di dalam beberapa semester sehingga kini.
 
  • Sistem Gred
Markah yang diperolehi oleh pelajar di dalam sesuatu kursus akan diberi nilai mata dan gred mengikut kumpulan seperti jadual di bawah.
MARKAH
NILAI MATA
GRED
STATUS
80-100 4.00 A LULUS
75-79 3.67 A- LULUS
70-74 3.33 B+ LULUS
65-69 3.00 B LULUS
60-64 2.67 B- LULUS
55-59 2.33 C+ LULUS
50-54 2.00 C LULUS
47-49 1.67 D GAGAL
44-46 1.33 D- GAGAL
40-43 1.00 E+ GAGAL
30-39 0.67 E GAGAL
20-29 0.33 E- GAGAL
0-19 0.00 F GAGAL

 

  • Peraturan Am dan Kaedah Penilaian
Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak untuk dinilai prestasi akademiknya:
  1. Telah mendaftar pengajian;
  2. Telah mendaftar kursus berkenaan; dan
  3. Telah mencapai tahap kehadiran 80% seperti yang ditetapkan bagi aktiviti pembelajaran yang diwajibkan bagi sesuatu kursus.

Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat-syarat di atas:
  1. Pelajar itu tidak layak menduduki peperiksaan akhir; dan
  2. Pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus berkenaan; dan
  3. Pelajar dianggap telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.

 

Staf


BIL NAMA
JAWATAN
01 MUHAMMAD ANUAR BIN MARSIB PEGAWAI PEPERIKSAAN DH41
02 RUDOLF FELIX BAISING PENYELARAS PEPERIKSAAN JTMK PPPT DH41
03 FIFDIL MAJIWAN PENYELARAS PEPERIKSAAN JTMK PPPT DH41
04 NAZNI HANI BIN ARSHAD PENYELARAS PEPERIKSAAN JTMK PPPT DH41
05 NORMAH BINTI JAINUDIN PENYELARAS PEPERIKSAAN JKA PPPT DH41
06 SANMASTRI BINTI SANUSI PENYELARAS PEPERIKSAAN JKA PPPT DH41
07 FLORA ANAK ALBERT DAUD PENYELARAS PEPERIKSAAN JKA PPPT DH41
08 NOR ASRINA BINTI RAMLI PENYELARAS PEPERIKSAAN JKE PPPT DH41
09 KUMAR BONIFACE JUBILEE PENYELARAS PEPERIKSAAN JKE PPPT DH41
10 YAHRIL IZWAN BIN ABDUL YAMIN PENYELARAS PEPERIKSAAN JKE PPPT DH41
11 ALFAN BIN SERAIL PENYELARAS PEPERIKSAAN JKM PPPT DH41
12 KHAIRUL FAZIZUL BIN MAT DRIS PENYELARAS PEPERIKSAAN JKM PPPT DH41
13 AL STANLEY ANAK NOHE PENYELARAS PEPERIKSAAN JKM PPPT DH41
14 LEN BIN ANNUAR RIGOS PENYELARAS PEPERIKSAAN JKM PPPT DH41
15 DICKY WIWITAN BIN TOTO NGADIMAN PENYELARAS PEPERIKSAAN JP PPPT DH41
16 HARTINI BINTI MASTOR PENYELARAS PEPERIKSAAN JP PPPT DH41
17 KHATIJAH BINTI IBRAHIM PENYELARAS PEPERIKSAAN JP PPPT DH41
18 AZRINA BINTI MADIHI PENYELARAS PEPERIKSAAN JMSK PPPT DH41
19 DAYANG NOREHAN ABG ABDULLAH PENYELARAS PEPERIKSAAN JMSK PPPT DH41
20 YUSMI BIN HALIT PENYELARAS PEPERIKSAAN JMSK PPPT DH41
21 RICHARD BIN SIMON PENYELARAS PEPERIKSAAN JPA PPPT DH41
22 ABDUL RAHIM BIN MOHTAR PEN. PEGAWAI TADBIR N27
23 DAISY BINTI SULI PEMBANTU TADBIR N17
24 SULAIMAN BIN DAHIRI PEMBANTU AM PEJABAT N1

                                                                                                                                                                                                     ke atas

Last Updated ( Thursday, 31 December 2009 14:41 )  

Aplikasi Online

Facebook

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Semakan keputusan peperiksaan pelajar

Twitter fox

CIDOS
Curriculum Information Document Online System

Friend Feed

E-SIS
Electronic Staff Information System

 

Muat Turun

Sample image

Dokumen & Borang Pelajar

Muat turun dokumen dan borang berkaitan pelajar.
Sample image

Dokumen Tender/Sebut Harga

Dokumen untuk penyertaan tender/sebut harga PMU.
Sample image

Perisian

Perisian percuma.

Info Web

Jumlah akses sejak 1 Jan 2010
Kemaskini terakhir
  18 Ogos 2010

You are here: Utama Unit Sokongan Perkhidmatan Pelajar Peperiksaan