ULPL melaksanakan kursus/latihan yang dirancang sama ada diperingkat dalaman atau luaran. Kursus dalaman adalah kursus-kursus tambahan yang diperlukan oleh jabatan-jabatan berkenaan dengan tenaga pengajarnya sama ada di kalangan Pegawai Politeknik Mukah atau dari luar. Kursus luaran ialah latihan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar seperti JPA, KPM, INTAN, KPTM dan badan-badan lain.
Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada staf bagi meningkatkan kemahiran atau kepakaran serta pengetahuan mereka. Pendekatan ini selaras dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005 di mana setiap kakitangan kerajaan hendaklah menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Pelbagai kursus dalaman telah dirancang untuk dilaksanakan. Semua kursus ini adalah berdasarkan kehendak dari semua Jabatan dan Unit yang telah menghantar cadangan ke ULPL.
Fasiliti
Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) menyediakan infrasruktur yang bersesuaian bagi memenuhi kehendak pelanggan tidak kira dalaman atau luaran. Kemudahan yang sedia ada ini dapat digunakan untuk menjalankan sebarang program termasuklah aktiviti kursus, latihan dan mesyuarat. Antara kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti;
- Asrama
- Pusat Sukan
- Dewan Kuliah
- Pusat Sumber
- Makmal Bahasa
- Pusat Komputer
- Hotel Dabai Inn
- Padang Bola Sepak/Hoki
- Makmal Multimedia
- Pusat Rekreasi
- Bilik Mesyuarat





Unit Sokongan