Maklumbalas Kehadiran Graduan Majlis Konvokesyen Ke-10 2017 Politeknik Mukah

  • PDF
Saiz Teks:
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Ke-10 2017 Politeknik Mukah akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh Majlis Konvokesyen : 05 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa : Graduan berkumpul mulai 7:00 Pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Mukah
 
Semua bakal graduan adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi raptai majlis yang akan diadakan pada
 
Tarikh Sesi Raptai : 04 Ogos 2017 (Jumaat)
Masa : 7:30 Pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Mukah
 
Bakal graduan yang tidak menghadiri sesi raptai tidak akan dibenarkan naik ke pentas pada Majlis Konvokesyen.
 
Semakan status graduan, maklumat bayaran yuran serta maklumbalas kehadiran perlu diakses secara online mulai Jumaat, 7 Julai 2017 melalui pautan web berikut:
 
 
Maklumbalas kehadiran hanya akan dibuka sehingga 3 Ogos 2017 (Khamis). Mana-mana bakal graduan yang tidak membuat maklumbalas online akan dianggap tidak menghadiri majlis.
 
Semua bakal graduan adalah dikehendaki untuk memuat turun Panduan Majlis Konvokesyen Ke-10 melalui pautan yang disediakan untuk arahan lanjut berkenaan yuran majlis serta lain-lain arahan berkaitan perjalanan majlis berkenaan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dikemukakan terus kepada Jawatankuasa Urusetia & Pendaftaran Graduan, Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar melalui talian 084-874001 atau terus melalui laman rasmi media sosial facebook Politeknik Mukah di www.facebook.com/politeknikmukah

 

Kali terakhir dikemaskini Khamis, 06 Julai 2017 08:14