Jabatan Kejuruteraan Awam

  • PDF
Saiz Teks:

Pengenalan

Di awal penubuhan Politeknik Mukah, Jabatan Kejuruteraan Awam  (JKA) telah sedia memberi penekanan yang utama  di dalam memenuhi visi dan misi Politeknik Mukah untuk menghasilkan graduan separa profesional yang berkualiti tinggi. Jabatan Kejuruteraan Awam bertanggungjawab di dalam menyediakan pendidikan yang relevan dan dinamik seiring dengan latihan praktikal yang bertepatan dengan bidang Kejuruteraan Awam.

JKA merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Mukah, yang pada masa kini mempunyai 31 orang pensyarah  termasuk seorang Ketua Jabatan dan seorang Ketua Program serta 3 orang staf bukan akademik. Seiring dengan matlamat untuk menghasilkan  graduan yang mampu berdaya saing, JKA dilengkapi dengan kemudahan pengajaran, pembelajaran serta praktikal yang merangkumi pelbagai jenis makmal dan bengkel.

Program

Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan awam. Program ini merangkumi 6 semester perkuliahan. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan kursus-kursus  pengkhususan dalam bidang kejuruteraan awam  seperti Bahan & Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Ukur Kejuruteraan, Makmal Kejuruteraan Awam, Aturcara Kontrak & Ukur Binaan, Mekanik Struktur, AutoCADD, Geoteknik, Hidraulik, Kejuruteraan Jalan Raya, Rekabentuk Struktur Konkrit Bertetulang, Kejuruteraan Jalan Raya & Pengangkutan, Teori Struktur, Kejuruteraan Tapak, Pengurusan Pembinaan, Hidrologi, Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa dan Projek Kejuruteraan Awam. Kursus-kursus elektif seperti Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Teknologi Persekitaran dan Keusahawanan juga ditawarkan sebagai pilihan kursus kepada para pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik Awam, Penyelia Tapak, Kerani Tapak, Juru Ukur, Pembantu Jurutera dan Kontraktor Pembinaan serta lain-lain kerjaya yang berkaitan bidang Kejuruteraan Awam. Lulusan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Fasiliti

Dari segi fasiliti fizikal, JKA memilliki kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Antara kemudahan dan fasiliti di JKA adalah seperti;

  • 1 Dewan Kuliah Mini (Kapasiti 200 pelajar)
  • 11 bilik kuliah
  • 1 Makmal Konkrit
  • 1 Makmal Ukur Kejuruteraan
  • 1 Makmal Mekanik Struktur
  • 1 Makmal Hidraulik
  • 1 Makmal Geoteknik
  • 1 Makmal Kejuruteraan Jalan Raya
  • 1 Bengkel Paip
  • 1 Bengkel Kayu
  • 1 Bengkel Bata
  • 1 Bilik Lukisan Kejuruteraan
Kali terakhir dikemaskini Khamis, 16 Mac 2017 14:33