PUSPANITA Cawangan Politeknik Mukah Sarawak(PMU)

  • PDF

Penubuhan PUSPANITA Cawangan Politeknik Mukah Sarawak(PMU) telah bermula selepas Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa(AJK) PUSPANITA bagi tahun 2007/2008. Terdapat dua aktiviti  yang telah diadakan serentak ( 2 dalam 1) yang bertujuan untuk menggalakkan staf wanita dan isteri staff untuk mendaftar menjadi ahli PUSPANITA iaitu Program Taklimat PUSPANITA dan Demo Masakan.

Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa(AJK) PUSPANITA

Mesyuarat ini telah diadakan  pada tarikh 28 September 2006 di Dewan Kuliah Utama,PMU. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn.Rosnee Bt Zainol,Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer . Mesyuarat ini  dihadiri oleh 56 orang staf wanita PMU.
 

Sejarah penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) KEMAS Politeknik Mukah Sarawak
Tarikh penubuhan : 2 Mac 2009
Objektif : Sebagai satu pusat asuhan (bermain sambil belajar)bagi kanak-kanak berumur dari 2-4 tahun.
Guru : 2 orang guru disediakan oleh pihak KEMAS
1) Cik Arni Bt Jaafar
2) Cik Izati Bt. Mahali
Waktu Operasi  : 6.45 pagi – 5.00 petang

Disebabkan pertambahan bilangan bayi dan kanak-kanak, dan pihak TASKA tidak dapat menerima kanak-kanak lebih dari 25 orang, maka PUSPANITA PMU berusaha menubuhkan TABIKA KEMAS PMU.

Sejarah penubuhan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS PMU
Tarikh penubuhan :  4 Januari 2010
Objektif : Sebagai satu pusat pembelajaran peringkat awal bagi kanak-kanak berumur dari 4-6 tahun.
Guru :1 orang guru lulusan diploma disediakan oleh pihak KEMAS
1) Cik Syamsiah

Waktu Operasi : 7.30 pagi – 11.30 pagi
Bil. asal kanak2 :15 orang

Pusat Asuhan Bayi pula ditubuhkan kerana terdapat permintaan daripada ibu-bapa yang sukar untuk mencari pengasuh anak-anak dibawah usia 2 tahun. Maka pihak PUSPANITA PMU telah berusaha sekali lagi bagi menubuhkan pula Pusat Asuhan Bayi didalam kawasan PMU.
Pusat Asuhan Bayi adalah sepenuhnya dibawah pengurusan pihak pentadbiran PMU sendiri serta PUSPANITA.

Sejarah penubuhan Pusat Asuhan Bayi Politeknik Mukah Sarawak
Tarikh penubuhan : Januari 2010
Objektif : Sebagai satu pusat asuhan bayi lingkungan umur 2 bulan-2 tahun
Pengasuh : 3 orang pengasuh dikalangan isteri staf PMU sendiri.
Waktu Operasi : 6.45 pagi – 5.00 petang
Bil. asal kanak2  : 7 orang

Pusat Asuhan Bayi ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 

Kali terakhir dikemaskini Selasa, 17 Disember 2013 08:07