Contoh Resume dan Cover Letter

  • PDF
Saiz Teks:
Resume dan cover letter merupakan pengenalan diri kita kepada pihak majikan sebelum kita berpeluang berjumpa dengan mereka. Justeru, resume dan cover letter kita menggambarkan keperibadian kita dan potensi yang ada dalam diri kita, ia turut akan menentukan samada kita berbaloi diberi peluang untuk menghadiri temuduga bersama pihak majikan. 
 
Maka, resume dan cover letter yang menarik akan membantu kita menarik perhatian pihak majikan untuk mengambil kita sebagai pekerja mereka. Antara faktor yang mempengaruhi kualiti sesebuah resume dan cover letter termasuk:
 
1. Kekemasa format resume dan cover letter.
2. Elakkan sebarang kesilapan dari segi ejaan.
3. Maklumat peribadi, akademik dan pengalaman bekerja yang lengkap.
4. Keperibatian yang positive (contohnya: mempunyai hobi yang menarik dan mampu bekerjasama dengan orang lain).
 
Selain memberi maklumat kepada pihak majikan, resume dan cover letter yang menarik turut membantu pelajar mencungkil potensi diri dan lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri mahupun lebih bersedia untuk menghadiri sesi interview nanti. 
 
Resume dan cover letter biasanya disediakan pada pengakhiran tempoh belajar dan perlu sentiasa mengemaskini maklumat yang terkandung untuk memudahkan proses permohonan kerja/ melanjutkan pengajian. 
 

Jadi, para- para pelajar sem akhir, anda digalakkan untuk menyediakan resume dan cover letter anda dari sekarang juga. Sila rujuk kepada contoh resume dan cover letter yang dikepilkan sebagai rujukan anda.

 

1) Contoh cover letter

2) Contoh resume

Kali terakhir dikemaskini Rabu, 28 Ogos 2013 08:53