Perutusan Pengarah

  • PDF
Saiz Teks:

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

 

Teknologi maklumat terkini menjadi medan utama untuk menyampai dan mencakup segala informasi selari dengan motto PMU sendiri, iaitu “IT Teras Entiti”. Ini menjadikan PMU tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang berkembang masa kini di mana semua maklumat hanya boleh diakses dihujung jari.

 

Politeknik Mukah Sarawak telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2005. Dengan enrolmen pelajar yang semakin bertambah dengan angka yang membanggakan dari setahun ke setahun. Begitu juga dengan penawaran program akademik. Dengan perkembangan positif ini, PMU akan sentiasa berusaha untuk berkembang selari dengan pertambahan pelajar dengan meningkatkan kemudahan pembelajaran dan pengajaran, kemudahan kampus serta pertambahan tenaga pengajar.


Adalah diharapkan agar laman web ini menjadi saluran dan media maklumat terkini yang menjadi akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan PMU.

 

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Pembangunan Laman Web ini yang terdiri dari staf Unit Teknologi Maklumat serta unit dan jabatan lain yang pastinya banyak memberikan kerjasama dalam proses pembangunan laman web PMU ini. Ini selaras dengan matlamat PMU untuk mencapai 'niche area' dalam bidang teknologi maklumat.

 

Terima kasih dan selamat melayari laman web kami!

 

Lt. Kol. Bersekutu (PA)

Abdubrani Bin Yunus

Pengarah 
Politeknik Mukah

 

Kali terakhir dikemaskini Isnin, 09 Februari 2015 14:05