Lokasi Kampus

  • PDF
Saiz Teks:

Kampus Politeknik Mukah Sarawak seluas 100 ekar terletak di KM 7.5, Jalan Oya, Mukah. Dengan jarak lebih kurang 12KM dari bandar Mukah, kampus PMU boleh dihubungi dengan mudah sama ada melalui kenderaan awam seperti bas, teksi atau van sewa. Kemudahan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh syarikat pengangkutan tempatan boleh digunakan sepanjang hari secara berkala sehingga perkhidmatan bas terakhir adalah pada pukul 6 petang.

 

 

Bandar Mukah


Bandar Mukah merupakan pusat pentadbiran Bahagian Mukah di negeri Sarawak. Sebagai sebuah bandar yang menjadi nadi pembangunan utama di Bahagian Mukah, bandar Mukah mengalami pembangunan yang amat pesat. Selaras dengan pembangunan wilayah SCORE (Sarawak Corridor of Renewal Energy), Mukah dijangkakan menjadi pusat pentadbiran wilayah SCORE Sarawak seterusnya dijangka akan menjadikan Mukah sebagai bandar yang bakal menerima pembangunan yang pesat.

Bermula tahun 2007, bandar Mukah hampir keseluruhannya telah mempunyai liputan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WIFI). Dijangkakan pada tahun 2030, Mukah akan menjadi SCORE Smart City.

Dari segi pengangkutan, Bandar Mukah boleh dihubungi secara terus menggunakan penerbangan udara yang disediakan oleh MASWings. Penerbangan udara adalah dari Bandaraya Kuching dan Miri. Jalan perhubungan darat boleh diakses secara terus dari bandar Sibu dan Bintulu.

 

Perkhidmatan Kewangan/Perbankan


Bandar Mukah memiliki beberapa bank/institusi kewangan utama untuk kemudahan pelajar. Antara institusi kewangan/perbankan yang terdapat di Mukah adalah seperti;

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • Public Bank Berhad
  • Bank Rakyat
  • Agro Bank
  • Hong Leong Bank

                                                                                                                                                                          

Kali terakhir dikemaskini Jumaat, 27 April 2012 09:01