Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • PDF
Saiz Teks:

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah mula beroperasi pada sesi Julai 2006 dan menawarkan program di peringkat sijil dan diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal kepada pelajar lepasan SPM. JKM bermatlamat untuk menjadi jabatan yang terunggul di Politeknik Mukah Sarawak (PMU) serta menghasilkan graduan yang berkemahiran di samping mempunyai sahsiah diri yang baik.

Program

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Program ini akan mendedahkan para pelajar kepada asas Kejuruteraan Mekanikal yang melibatkan penggunaan prinsip - prinsip fizik, rekabentuk, fabrikasi, pembuatan dan penyelenggaraan peralatan - peralatan dalam sistem mekanikal melalui modul - modul yang berkaitan seperti Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Mekanik Mesin, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Rekabentuk, Proses Pembuatan dan lain-lain. Semasa tempoh pengajian, pelajar akan menghadiri sesi kuliah dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut melalui sesi amali di makmal - makmal dan bengkel kejuruteraan. Tahap pencapaian para pelajar akan dinilai melalui tugasan - tugasan serta latihan - latihan yang diberikan semasa sesi kuliah, amali dan juga peperiksaan.

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka mempunyai peluang yang luas untuk menceburi kerjaya separa mahir di sektor awam mahupun swasta dalam bidang kejuruteraan khususnya Kejuruteraan Mekanikal. Antaranya di sektor pembuatan dan perkilangan, automotif, perkapalan dan lain – lain mengikut kelayakan yang ditauliahkan.

Fasiliti

Dari segi fasiliti fizikal, JKM memilliki kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Antara kemudahan dan fasiliti di JKM adalah seperti;

  • Makmal Metrologi
  • Makmal CAD/CAM
  • Makmal Metallurgy (Kajilogam)
  • Makmal Kajidaya Mesin
  • Makmal Kajidaya Bahan
  • Makmal Kejuruteraan Kawalan
  • Makmal Kejuruteraan Loji
  • Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Bengkel Acuan dan Tuangan
  • Bengkel Mesin dan Gegas
Kali terakhir dikemaskini Isnin, 15 Julai 2013 10:41