Jabatan Pengajian Am

  • PDF
Saiz Teks:

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am atau pun dengan nama singkatannya JPA merupakan Jabatan Akademik Sokongan bagi semua Jabatan Akademik Induk di Politeknik Mukah, Sarawak. JPA memulakan operasinya bersama jabatan-jabatan yang lain pada semester Julai 2005. JPA menawarkan kursus-kursus yang meliputi topik dan perbincangan mengenai pegangan, perinsip, kemoralan, nilai dan kemahiran penguasaan ilmu berpandukan sejarah peradapan manusia yang diperlukan oleh pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang insan yang sempurna

JPA tidak menawarkan program khusus untuk pelajar tetapi hanya menawarkan kursus-kursus sebagai menyokong Jabatan Akademik Induk untuk menyeimbangi keperluan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, akhlak dan sahsiahnya.

Kursus

Jabatan Pengajian Am menawarkan kursus-kursus Umum yang wajib diambil oleh semua pelajar politeknik. Kursus-Kursus umum ini merangkumi:

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Bahasa Inggeris
  • Tamadun Islam.
Kali terakhir dikemaskini Khamis, 16 Mac 2017 14:50