Info Kemasukan

  • PDF
Saiz Teks:

PENGENALAN


Permohonan untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Mukah Sarawak adalah melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Sektor Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Permohonan kemasukkan dibuat 2 (dua) kali setahun iaitu pengambilan pertama ada pada pertengahan tahun (sesi Julai) manakala pengambilan kedua adalah pada hujung tahun (sesi Disember). Sila rujuk akhbar tempatan untuk iklan kemasukkan.

 

CARA PERMOHONAN


Permohonan ke Politeknik KPT adalah secara ATAS TALIAN (ONLINE) dengan melayari laman web

http://www.politeknik.edu.my

Iklan kemasukkan kebiasaannya akan dikeluarkan di akhbar-akhbar utama tempatan. Untuk memohon, pemohon perlulah membeli nombor PIN di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Nombor PIN yang telah dibeli akan digunakan untuk mengakses e-Borang.

Pemohon perlu mengemukakan nombor MyKad atau Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN. Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad atau Kad Pengenalan hendaklah dikemukakan kepada wakil dan diserahkan kepada kaunter BSN semasa pembelian nombor PIN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang dibeli adalah untuk tujuan kemasukkan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN yang telah dibeli dicetak dengan nombor MyKad atau Kad Pengenalan dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit sebelum meninggalkan kaunter BSN.

Pemohon yang kehilangan nombor PIN atau lupa perlu membeli semula nombor PIN berkenaan.

Adalah dimaklumkan bahawa, permohonan adalah terbuka untuk politeknik seluruh Malaysia dan tiada jaminan bahawa pemohon akan ditempatkan di Politeknik Mukah atau mana-mana politeknik pilihan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukkan ke Politeknik, sila hubungi;

PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (PENGAMBILAN & DATA)
JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
KM 7.5, JALAN OYA, 96400 MUKAH SARAWAK.
TEL: 084-874001 FAKS: 084-874005.
(UP: EN HAZATTA BIN MORSHIDI)

 

Maklumat mengenai kemasukan dan kelayakan kemasukan boleh didapati secara terus dari laman web http://www.politeknik.edu.my

 

 

Kali terakhir dikemaskini Selasa, 14 Februari 2012 08:48