Kolej Kediaman

  • PDF
Saiz Teks:

Pengenalan


Kamsis Politeknik Mukah Sarawak (PMU) merupakan sebuah penempatan pelajar yang mengikuti kursus pengajian di Politeknik. Kamsis PMU dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan dan keselesaan penghuninya. Antaranya , bilik pelajar, bilik rekreasi, surau, dan sebagainya.

Bilangan pelajar maksima yang dapat ditampung pada satu-satu masa adalah seramai 3200 penghuni. Kapasiti setiap blok adalah seramai 400 penghuni yang terdiri daripada lima aras. Pakej kediaman dilengkapi dengan ‘single bed’, almari, dan meja belajar. Pengurusan kamsis ditadbir oleh Pengetua Asrama, Ketua Penyelia, Penyelia Asrama. Manakala dari segi kebajikan dan disiplin pula ditadbirkan oleh Ketua Felo dan Felo-felo yang telah dilantik di setiap blok.

Selain itu, terdapat sebuah kafeteria yang dapat menampung 1000 orang pelajar. Kafeteria ini mengandungi 8 buah gerai dengan pelbagai menu makanan disediakan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kafeteria dilengkapi dengan kemudahan sistem rangkaian tanpa wayar (wireless network system) dan 2 buah televisyen untuk kemudahan pelajar.

 

Misi


Bersama mewujudkan suasana Asrama yang selamat, tenteram dan selesa sebagai tempat tinggal dan tempat belajar yang harmoni.

 

 

Objektif


  1. Mewujudkan suasana atau keadaan selamat, tenteram dan selesa di asrama dan persekitaran yang sesuai   untuk pembelajaran.
  2. Memupuk sikap dan semangat mementingkan kebersihan dan keceriaan di kalangan pelajar asrama.
  3. Menjalin semangat kerjasama serta membina sifat kepimpinan dan disiplin di kalangan pelajar asrama.

 


Kriteria Pengambilan Pelajar Kamsis


Kemudahan kamsis adalah satu keistimewaan dan bukan merupakan hak kepada semua pelajar. Unit ini tidak dapat menyediakan semua penempatan kepada pelajar lama atau senior tetapi memberi keutamaan kepada pelajar junior atau semester pertama pengajian. Oleh itu, pemilihan pelajar yang layak masuk ke asrama adalah berdasarkan pelajar yang berkelakuan baik, aktif dalam persatuan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Politeknik Mukah Sarawak.

 

Kemudahan


Kamsis menyediakan kemudahan bilik yang lengkap seperti tilam, katil, almari pakaian, meja dan kerusi belajar, langsir, rak buku dan sebagainya kepada penghuninya. Antara kemudahan-kemudahan lain termasuklah;

  1. Bilik Rekreasi
  2. Bilik Dobi
  3. Bilik Belajar
  4. 8 buah Kafeteria yang berhampiran dengan kamsis
  5. Kemudahan cybercafe
  6. Kedai koperasi
  7. Bilik surau
  8. Kemudahan Wireless
  9. Televisyen & Astro

 

Kali terakhir dikemaskini Khamis, 31 Mei 2012 09:22