Mengenai Alumni

  • PDF
Saiz Teks:

Pengenalan

Persatuan Alumni Politeknik Mukah Sarawak (PAPMU) telah ditubuhkan pada  25 Mac 2008 di Politeknik Mukah Sarawak, bermula daripada pertemuan dengan beberapa bekas pelajar politeknik, satu mesyuarat penubuhan jawatankuasa penaja telah di adakan pada 9 Mei 2007 untuk menggerakkan persatuan sebelum jawatankuasa tetap dilantik. Sehingga kini PAPMU telah mempunyai 329 ahli berdaftar, yang mana merupakan graduan sulung Politeknik Mukah Sarawak. Keahlian adalah terbuka kepada semua graduan Politeknik Mukah Sarawak berumur lebih daripada 18 tahun dan mestilah warganegara Malaysia.

Antara tujuan penubuhan PAPMU adalah untuk memantapkan kerjasama erat di antara pertubuhan dan organisasi luar dengan mengadakan kolaborasi bersepadu dan strategik untuk membantu pelajar dan graduan dalam perihal latihan industri, internship dan kerjaya. Disamping menghimpunkan graduan Politeknik Mukah Sarawak, PAPMU juga dapat dijadikan sebagai satu saluran kepada bekas pelajar untuk berkongsi pengalaman dan ilmu berharga dalam kerjaya masing-masing. Selain daripada itu, persatuan juga boleh dijadikan sebagai media untuk politeknik mendapatkan maklum balas daripada alumni tentang kerelevanan program pengajian demi kemajuan Politeknik Mukah Sarawak secara berterusan dan ini seiring dengan visi Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia iaitu berazam untuk menjadi pusat kecermelangan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitality serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah Negara.

Fungsi

Tujuan Persatuan Alumni Politeknik Mukah Sarawak ditubuhkan adalah;

  • Mengerat persahabatan dan mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan ahli Alumni.
    Menghimpunkan graduan Politeknik Mukah Sarawak semula bagi berkongsi pengalaman yang berharga dalam kerjaya masing-masing.
  • Mengadakan saluran dan menyediakan sistem bagi mendapatkan maklumbalas daripada alumni tentang kerelevanan program pengajian demi kemajuan Politeknik Mukah Sarawak secara berterusan.
  • Memantapkan kerjasama erat di antara Pertubuhan dan organisasi luar dengan mengadakan kolaborasi bersepadu dan strategik untuk membantu pelajar dan graduan dalam perihal latihan industri , internship dan kerjaya setiap tahun.
  • Memiliki harta benda seperti tanah, bangunan dan kemudahan-kemudahan lain untuk kepentingan pertubuhan serta ahli-ahlinya.
  • Menjalankan kutipan derma bagi menambahkan tabung Pertubuhan dengan mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan serta pihak berkuasa lain terlebih dahulu.

AJK

Pegawai Alumni : EN.MOHAMAD SOBRI BIN SUHAILI
Pengerusi : EN.CLIFF WILIBRODE
Timbalan Pengerusi : CIK EVA VICTORIA
Setiausaha : EN.MOHD HAFIZUDIN FITRI BIN MASUUT
Penolong Setiausaha : CIK FELICIA BENET
Bendahari : CIK DAYANGKU NORIZA BT AWANG AKBAR
Penolong Bendahari : CIK SITI NURAFIQAH BT SANI
Biro Pendidikan : CIK NOOR AFIZZA BT OMAR
Biro Korporat : EN.WEE MING HUI
Biro Kebajikan : CIK RAMENDA KIYEK
Biro Sukan & Rekreasi : CIK SITI SALMAH BINTI KERAM
Biro Promosi : EN. MOHAMMAD REZDUAN BIN ZAINI
Biro Penerbitan : CIK FARRAH SHAZWANIE BT CHE HAMID

 

Kali terakhir dikemaskini Khamis, 16 Mac 2017 14:31