PENGENALAN

Pengenalan

Politeknik Mukah (PMU) adalah salah sebuah institusi pendidikan awam di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk sistem pengurusan yang berkualiti melalui SIRIM QAS MS ISO 9001:2015. Politeknik Mukah telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS pada 17 Disember 2017. MS ISO 9001:2015 merupakan satu standard bertulis yang menetapkan keperluan asas kehendak dan kepuasan pelanggan dan stake holder (pihak berkepentingan).


Politeknik Mukah (PMU) adalah salah sebuah institusi pendidikan awam di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk sistem Keperluan Baharu Yang Diperkenalkan Dalam Standard MS ISO 9001:2015:
1. Konteks Organisasi:
Memahami keperluan organisasi dan harapan pihak berkepentingan/pelanggan serta skop Sistem Pengurusan Kualiti.
2. Pengurusan Risiko:
Satu kaedah yang sistematik bagi mengenalpasti, menilai ancaman risiko dan mengenalpasti kaedah mengurangkan risiko.
3. Fokus kepada Pelanggan (harapan dan keperluan pelanggan) :
Sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholder/pihak berkepentingan setiap masa.
4. Kepimpinan (tuju arah dan sokongan):
Penglibatan pengurusan atasan dalam setiap aspek pengurusan. Contoh: merancang, melaksana, mengawal dan memantau.
5. Penglibatan (Penyertaan dan Akauntabiliti):
Penglibatan semua peringkat tenaga kerja dalam sistem penyampaian perkhidmatan.
6. Pendekatan Proses (Kecekapan dan Keberkesanan):
Keupayaan menggunakan sumber dan aktiviti yang berkaitan diuruskan sebagai satu proses.
7.Penambahbaikan (Terhadap produk dan Proses):
Menerapkan dan melaksanakan budaya penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan.
8. Hubungan Pengurusan:
Memastikan hubungan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan sentiasa terjalin baik bagi menjaminkan perkhidmatan dapat disampaikan dengan berkesan.

kalendar

Hubungi Kami

Politeknik Mukah Sarawak,
KM7.5, Jalan Oya,
96400 Mukah,
Sarawak.

Tel: 084-874001
Fax: 084-874005
Emel: webmaster@pmu.edu.my
Laman Web: www.pmu.edu.my

jQuery UI Datepicker - Display inline