16 staf PMU menerima Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian dan Kepintaran)

Tahniah kepada 16 staf Politeknik Mukah yang menerima Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian dan Kepintaran) / Master of Computer Science (Software Engineering & Intelligence) sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 26 Nov 2018 yang lalu. Pengorbanan selama 2 tahun berkenaan memberikan kenangan dan kejayaan manis buat semua staf yang terlibat. Semoga kejayaan memperolehi sarjana ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai tambah tenaga pengajar di Politeknik Mukah. Tahniah dan syabas!ūüéď