260 Pelajar PMU Terima Sumbangan Makanan Kering Dari YaPEIM

Seramai 260 orang pelajar Politeknik Mukah yang terdiri daripada golongan B40 menerima sumbangan makanan berbentuk makanan kering dan basah di bawah program Food Bank beberapa hari yang lalu. Program Food Bank ini sumbangan oleh YaPEIM 2.0 (Musaadah Khas Siswa) 2020 yang di sampaikan oleh beberapa pegawai Komuniti YaPEIM iaitu Fazli Nasulun, Mohd Fadli bin Saili dan Fadlie Zamuri.

Sesi penyerahan sumbangan food bank di terima oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Awang Annuar Awang Manso yang mewakili Pengarah Politeknik Mukah dan mewakili pelajar bertempat di perkarangan lobi Politeknik Mukah.