Aktiviti-aktiviti MPP

Sekitar Lawatan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Mukah

Pada 8 Mac 2019, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Mukah telah melawat Politeknik dan mengadakan perbincangan bersama Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah. Mudahan dengan perbincangan tersebut mampu menghasilkan kerjasama dalam penganjuran program demi kebaikan genesrasi sekarang dan penduduk setempat.

 

 

 

Program Pembangunan Sahsiah Diri Pelajar

PMU; 2 hingga 3 Mac 2019 yang lalu Kelab Pembimbing Rakan Siswa dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Program Pembangunan Sahsiah Diri Pelajar. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran diri sendiri, menghargai diri serta menghormati hak orang lain. Selain itu, untuk  memberi kefahaman kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup serta memotivasikan para peserta agar belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.

Program ini bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Mukah dan dihadiri seramai 152 orang pelajar . Penceramah jemputan, Puan Nurulisa Poli, MentalBLOK Trainer ( Mental Coach ), Counselor, Professional Image Consultant dibantu oleh Puan Nurul Hidaya, Pegawai Psikologi Unit Pengurusan Psikologi telah memberi impak yang sangat hebat kepada semua peserta. Turut hadir, Encik Hardyta Bin Bujang Pegawai Hal Ehwal Pelajar.  Semoga dengan adanya program sebegini mampu membentuk dan meningkatkan sahsiah diri di kalangan pelajar PMU.

 

  

 

Sekitar Majlis Penutupan eSport Game

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah e Sport Games anjuran Majlis Perwakilan Pelajar pada 23 Februari 2019 bertempat di Dewan Kuliah Utama PMU. Majlis penutupan ini telah dirasmikab oleh PgKR Tuan Haji Zaukafli, Timbalan Pengarah Akademik PMU. Hadiah berupa hamper dan pingat telah disampaikan kepada pemenang bagi setiap kategori permainan. Turut diadakan pada majlis tersebut ialah cabutan bertuah kepada yang hadir di majlis tersebut

  

 

e-Sport Games (ML & PUBG)

PMU 23 Febuari 2019, Sekitar Sesi pendaftaran peserta e-Sport Games (ML & PUBG) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar PMU. Terdapat cabutan bertuah menanti pengunjung yang ingin menonton pertandingan tersebut dan terdapat jualan pelbagai makanan daripada Unit Keusahawanan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Pertandingan berlangsung sehingga jam 4.30 petang bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah.

 

 

 

Pameran Persatuan Dan Kelab Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar

Politeknik Mukah – Pada 13 & 14 Februari 2019 yang lalu telah dijalankan aktiviti Pameran Persatuan dan Kelab yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah bertempat di Laman Keusahawanan. Program ini telah melibatkan persatuan dan kelab yang berdaftar di Politeknik Mukah.

Antara kelab dan persatuan yang terlibat ialah PMU FM, Warisan Permata Seni, PISPA, Pengakap, RAPI, Commerce Club, Pembimbing Rakan Siswa, Mechatech, Archery, EEA, SITS, Kelab Pengguna dan Kelab Multimedia. Sepanjang program ini berlangsung antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan booth tercantik, pengunjung booth teramai dan persembahan terbaik.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Encik Awang Anuar Bin Awang Mansor dan hadiah telah disampaikan kepada para pemenang. Diharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada pelajar sekaligus mempromosikan aktiviti gaya pelajar sihat.

 

 

 

Program Leaders in Action

Pada 2 - 3 Febuari 2019, Program Leaders in Action yang dianjuran oleh Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar Politeknik Mukah bersama penceramah En. Rudy Ludinata. Program yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk menerangkan tentang pentingnya penampilan diri dalam seorang pemimpin yang hebat dan seorang yang mantap. Dayang Afiqah adalah Pengarah program Leaders in Action ini.
 

 

  

Program Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina

Pada 30 Januari 2019, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan satu majlis sumbangan Tahun Baru Cina kepada pelajar yang tidak balik semasa cuti Tahun Baru Cina bertempat di Dewan Kuliah Utama PMU. Seramai 107 pelajar yang hadir ke majlis khas tersebut untuk menerima sumbangan dari MPP dalam berbentuk makanan bagi bekalan mereka semasa cuti tersebut. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran YDP MPP, Vester Selo dan ucapan dari Pengarah Program, Iaitu Marx Leo.

                     

   

 

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar PMU Bagi Tahun 2018/2019

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah Bagi Tahun 2018/2019 bertempat di Bilik Persidangan PMU bermula jam 8.30 pagi. Seramai 18 orang telah menerima watikah pelantikan hasil daripada Pilihanraya Kampus PMU yang lepas. Dialog bersama pihak pengurus turut berlangsung di dalam majlis tersebut bagi menyampaikan perancangan dan manifesto bagi membantu kebajikan pelajar PMU. Berikut merupakan senarai MPP PMU bagi tahun 2018/2019: