Alumni Mentorship (Jabatan Perdagangan) Politeknik Mukah

Mukah – Program Bimbingan Alumni Mentorship Jabatan Perdagangan Politeknik Mukah telah diadakan pada 13 Mac 2019 dan dirasmikan oleh Encik Iskandar Bin Reduan selaku Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Menurut Pengarah Program iaitu Puan Kartini Che Ibrahim, program ini dianjurkan oleh pelajar DSK semester 5 Jabatan Perdagangan di bawah bimbingan puan Dolly anak shandy dengan kerjasama unit Cisec.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian pengalaman alumni politeknik mukah mengenai laluan pendidikan dan laluan kerjaya yang telah mereka tempuhi. Perkongsian skop kerja,pengalaman mentor sepanjang laluan pendidikan dan laluan kerjaya sehingga berjaya sampai ke tahap sekarang telah diselitkan pada  sesi pertama.

Manakala pada sesi  kedua pula, pelajar telah dibahagi mengikut kursus masing-masing dan dibimbing oleh dua orang mentor (alumni), dengan ini, mentor lebih dekat dengan mentee (pelajar) serta mendedahkan berkaitan alam kerjaya dan kemana hala tuju selepas tamat pengajian.

Seramai 6 orang mentor (alumni) yang terlibat iaitu Jacqueline Senu Anak Joseph Purah, Norshakira saini, Mohd afikh b zulkifli, Madzlan Bin Majid, Crystal Madu Wong Dan Rajis anak Bunkong. Diharapkan ilmu yang telah dikongsikan oleh mentor dapat membantu pelajar menyediakan diri mereka menempuhi masa hadapan dengan lebih baik. Selain itu, program seumpama ini dapat dijadikan sebagai program tahunan di Jabatan Perdagangan mahupun di jabatan-jabatan lain di Politeknik Mukah untuk perkongsian ilmu bersama dan diharapkan bilangan alumni yang sudi menjadi mentor akan bertambah dari tahun ke tahun.