Alumni Mentorship Program (AMP) JKM DIS 2018

Seramai tujuh orang alumni Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) telah meluangkan masa mereka untuk menghadiri program AMP JKM Dis 2018 yang telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU) pada 1 Mac 2019 baru-baru ini. Program hasil kerjasama JKM dan Unit CISEC (Alumni & Kolaborasi) Kelab Mechatech itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar semester 4 dan 5 DKM akan pengalaman alumni kohort pertama program DKM di PMU setelah menamatkan pengajian mereka hampir 11 tahun yang lalu. Mereka turut berkongsi laluan pandidikan dan laluan kerjaya yang telah ditempuhi setelah tamat pengajian serta pengalaman dan skop kerja semasa. Program ini juga memberi peluang pelajar berinteraksi secara langsung dan beramah mesra dengan alumni yang datang dari sektor awam dan swasta. Antara alumni yang terlibat adalah Amalina Ali Hassan (ILP Kota Samarahan), Herry Juat (Rotary Mec S/B), Ricky Yong (Petronas S/B), Harry Jubang Jerman (Petronas S/B), Alexon Gunn Rendom (Petronas S/B), Dorita Lasan (Remix Technologies S/B) dan Linda Evai (Press Metal Bintulu S/B). Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Program DKM, Puan Verawaty binti Ismail yang mewakili Ketua Jabatan JKM. Beliau telah menyempurnakan sesi penyampaian cenderahati dan sijil kepada alumni yang menjayakan program tersebut.