Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015

Pada 28-29 Ogos 2018 yang lalu bertempat di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah pun berlangsung Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015. Politeknik Mukah (PMU) adalah salah sebuah institusi pendidikan awam di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk sistem pengurusan yang berkualiti melalui SIRIM QAS MS ISO 9001:2015. Audit Dalaman perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan sistem pengurusan kualiti. Ia juga dapat menentukan samada sistem kualiti yang ada menepati keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti atau tidak. Oleh yang demikian, tindakan pembetulan akan dapat dilaukan dengan segera. Bengkel selama dua hari ini membolehkan pasukan Juruaudit Dalaman untuk mengaudit Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan syarat keperluan MS ISO 9001:2015. Seramai 38 orang peserta terdiri daripada juruaudit dalaman dan urus setia kualiti telah mengikuti bengkel yang dijalankan selama 2 hari ini. Fasilitator bagi bengkel ini ialah Encik Mohammad  Izzat  Naqib Bin Md Yusof dari SIRIM STS SDN. BHD.

Objektif Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 adalah:

>Pendedahan secara komprehensif mengenai amalan dan pengetahuan berhubung Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 serta kegunaanya dalam melaksanakan audit dalaman

>Pendedahan terhadap keperluan audit terbaharu termasuk prosedur audit dan proses dalam Sistem Pengurusan Kualiti

>Memberikan pendedahan secara komprehensif mengenai teknik audit berdasarkan “Risk Based Approcah”

Secara keseluruhan, program ini telah berjalan lancar dan menepati objektif program seperti yang dinyatakan. Dengan adanya Bengkel Audit Dalaman ini dapat memberi pengetahuan, pengalaman dan maklumat terkini untuk persediaan kepada Juruaudit Dalaman terhadap pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Pengetahuan, pengalaman dan  maklumat ini akan digunakan sebagai panduan kepada Unit Jaminan Kualiti, Politeknik Mukah dalam memperkasakan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Politeknik Mukah ke arah MS ISO 9001:2015 disamping memastikan kesinambungan, integriti dan kecemerlangan Sistem Pengurusan Kualiti terpelihara. Para peserta juga amat berpuas hati dengan program yang telah dijalankan. Para peserta berpendapat agar program ini turut disertai juga oleh semua Pemegang Proses pada masa akan datang.