Bengkel Pembinaan Pelan Strategik PMU 2018 - 2022

Pada 12 September 2018 yang lalu bertempat di Kingwood Resort, Mukah telah pun berlangsung Bengkel Pembinaan Pelan Strategik PMU 2018 - 2022. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 32 orang peserta termasuk barisan pengurusan tertinggi di Politeknik Mukah, wakil dari Ketua Jabatan dan Ketua Unit serta penyelaras Unit Pengurusan Prestasi.

Objektif Pelan Strategik PMU 2018 – 2022 adalah:

  • Membina Pelan Strategik PMU 2018 – 2020 sebagai rujukan bagi peringkat jabatan/unit yang mengandungi visi, misi dan objektif rasmi, KPI, serta pegawai yang bertanggungjawab bagi melaksanakan tiap-tiap aktiviti.
  • Membina Pelan Strategik PMU 2018 – 2020 untuk dijadikan rujukan utama yang akan membantu jabatan/unit berfungsi dengan cekap dan berkesan.
  • Membina Pelan Strategik PMU 2018 – 2020 sebagai panduan dan rujukan semua dalam merangka dan melaksanakan aktiviti supaya selaras dengan kehendak halatuju JPPKK 2018 – 2022.

Secara keseluruhan, program ini telah berjalan lancar dan menepati objektif program seperti yang dinyatakan. Dengan berakhirnya bengkel ini, pihak Unit Pengurusan Prestasi telah berjaya memperoleh draf pertama Pelan Strategik PMU 2018-2022.

Para peserta amat berpuas hati dengan program yang telah dijalankan dan pihak urusetia turut berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh para peserta.