Borneo Innovation Festival 2019

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Mohd Rashahidi @ Rusdi bin Mohamood, Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Program selama 3 hari (mulai 8/3/2019 - 10/3/2019) bertempat di Dewan Serbaguna, PMU. Semua Politeknik dan Kolej Komuniti zon Borneo telah ikut serta, institusi dari UiTM, Unimas dan beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar Sibu dan Mukah telah menghantar penyertaan. Keputusan keseluruhan inovasi Terbaik telah dimenangi oleh IBS, Unimas. Anugerah Young Inventor telah dimenangi oleh MRSM Betong mana kala Inovasi Ciptaan Baru bertajuk, 'Smart Helmet' mendapat tempat kedua kepada pelajar-pelajar SJK Hang Kwong. Syabas & tahniah.