Certificate of Colaboration antara PMU dan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing

PMU Khamis 10/1/2019; Majlis Menandatangan 'Certificate of Colaboration' dengan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing telah berjaya diadakan. Pihak LKW telah diwakili oleh YM Dato Raja Azni Raja Hisham, Naib Presiden telah menyatakan bahawa Politeknik Mukah merupakan Institusi pertama di Borneo yang telah membuat kerjasama dalam bidang akademik bagi tempoh tiga (3) tahun bermula hari ini. Program kerjasama ini akan memberi tumpuan dalam menawarkan biasiswa sehingga 100% kepada pelajar-pelajar kumpulan B40 pembelajaran ke peringkat ijazah. Dengan adanya kerjasama sedemikian, semoga graduan PMU dapat menfaat peluang ini.