Commerce Research, Innovation and Technology Exhibition (CTEX)

Pada 16 November 2020 telah berlangsung Program Commerce Research, Innovation and Technology Exhibition (CTEX) bertempat di Jabatan Perdagangan, Politeknik Mukah.  Seramai 59 orang pelajar dari Jabatan Perdagangan PMU yang mengambil kursus DPB6043 Semester akhir Business Project sesi Jun 2020 telah menyertai program ini. Mereka terbahagi kepada 19 kumpulan iaitu 10 kumpulan untuk Inovasi dan 9 kumpulan dalam Kajian Kes.

Program ini anjuran Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan (UPIK) di bawah Pengarah Program Mohamad Shafiq Mohamad Nasaruddin dan Penyelaras projek DPB604, Dr Habsah Mohamad Sabli. Majlis penutupan perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Perdagangan Kartini Che Ibrahim.