ENAM PINGAT UNTUK PMU DI PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA SARAWAK 2019

Enam daripada tujuh orang pelajar PMU dalam lima bidang kemahiran telah berjaya merangkul pingat di Peringkat Akhir Pertandingan Worldskills Malaysia Sarawak 2019 (Final WMS) yang telah berlangsung pada 09 – 12 September 2019 baru-baru ini di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Mereka telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Pelajar-pelajar tersebut adalah:

 

  1. MOHAMAD FAEIS MOHD HAZRYE (Bidang Electrical Installations) - Gangsa
  2. KIU HU TIE (Bidang IT Network System Administrations) - Gangsa
  3. RODZIAH BINTI ANYUT (Bidang IT Software for Business Solutions) - Emas
  4. RAY XAVIER BIN SARUDA (Bidang Mechanical Eng. Design CAD) - Emas
  5. DYLON BRADLEY AK NABAN (Bidang Painting & Decorating) - Perak
  6. PAULUS AK MUJAP (Bidang Painting & Decorating) - Gangsa
  7. ERVIN EMYL ENJUP (Bidang IT Software for Business Solutions) - Finalist

 

 Para pemenang merakamkan kenangan bersama YAB Ketua Menteri Sarawak

Semua peserta yang menduduki tiga tangga teratas dalam bidang masing-masing menerima hadiah berupa pingat, wang tunai dan sijil penyertaan; johan pingat emas dan wang tunai berjumlah RM 3,000; tempat kedua pingat perak dan RM 1,500 dan ketiga pingat gangsa berserta RM 1,000. Majlis Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri (MATEKM) WMS 2019 telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

 

 

 

YAB Ketua Menteri Sarawak menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang WMS 2019

 

Finalist PMU bersama jurulatih dan Ketua Kontinjen PolySkills PMU

 

Turut menyertai PMU menerima pingat adalah peserta dari PKS dalam Bidang Mechanical Eng. Design CAD melalui Nur Hartini binti Yusoff (Perak) dan  Awangku Aizamuddin bin Awang Rosli (Gangsa). Sementara itu dalam majlis yang sama, Hermit anak Dominic peserta bidang Welding dari ILP Kota Samarahan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri. Beliau menerima hadiah berupa trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM 5,000.

Kejayaan besar kontinjen PolySkills PMU di Final WMS 2019 ini diketuai oleh Penyelaras PolySkills PMU, Encik Wan Jamalilail bin Wan Mohd Zen dan sokongan usaha tanpa jemu jurulatih-jurulatih berdedikasi Encik Samsawi bin Bujang dan Encik Mohd Ramli bin Ali (Electrical Installations); Encik Johari bin Kusai dan Puan Norsida Binti Morsidi (Painting and Decorating); Encik Anwar bin Yahaya dan Encik Wan Khairul Ariffin bin Wan Zakaria (Mechanical Eng. Design CAD); Encik Arfidzul Rajit bin Noor Mohamad (IT Software for Business Solutions; dan Encik Mohd Azuwan Efendy bin Mail dan Encik Norshahril bin Abu Talib (IT Network System Admin).

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pegawai yang telah mengharumkan nama PMU di Final WMS 2019. Semoga mereka mencatatkan kejayaan yang lebih hebat lagi pada edisi WMS 2021 kelak.