Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk memohon transkrip?

Untuk membuat permohonan transkrip, sila dapatkan Borang Permohonan Transkrip dan borang ini boleh diperolehi di Unit Peperiksaan dan juga boleh di muat turun melalui laman web Politeknik Mukah Sarawak. Sila lengkapkan borang tersebut dan hantar ke Unit Peperiksaan PMU.

Bagaimanakah cara untuk memohon masuk ke Politeknik Mukah?

Adalah dimaklumkanbahawa permohonan kemasukan ke Politeknik Mukah adalah secara atas talian (online). Untuk mengisi borang permohonan, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN. Nombor PIN tersebut boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.60. Sila nyatakan kelayakan SPM/Setaraf semasa membeli nombor PIN. Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat. Borang permohonan boleh dicapai melalui laman web http://upu.mohe.gov.my. Sila klik pada pautan KEMASUKAN KE ILKA/TEVT-POLITEKNIK BAGI LEPASAN SPM/SETARAF. Untuk maklumat lanjut berkenaan urusan pengambilan, sila layari laman web www.politeknik.edu.my

Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi pensyarah di Politeknik Mukah?

Untuk permohonan menjadi pensyarah Politeknik, anda dikehendaki memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) secara atas talian (online) di www.spp.gov.my. Sila pilih ke bahagian permohonan dan klik pada permohonan PPPT (Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi) untuk menjadi pensyarah Politeknik atau Kolej Komuniti.

Siapakah yang membiayai pengajian pelajar Politeknik?

Pelajar– pelajar Politeknik sama ada di peringkat Diploma ataupun Sijil boleh memohon pinjaman KPT, PTPTN, JPA, SPA dan Yayasan Negeri.

Adakah PMU menyediakan penginapan kepada pelajar-pelajarnya?

PMU mempunyai kemudahan prasarana untuk menempatkan para pelajarnya tinggal sepanjang pengajian di Politeknik Mukah. Kolej kediaman yang disediakan mampu menampung sehingga 3200 orang pelajar dalam satu-satu masa.