PMU Johan Tilawah al-Quran Di Festival Al-Quran Di hatiku Peringkat Politeknik Malaysia (FAQEH2.0)

Sekalung Tahniah dan Syabas kepada Qari daripada Politeknik Mukah Muhammad Haziq Hafiy Bin Hassan daripada Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi kerana berjaya merangkul Johan Tilawah Al-Quran (QARI) di Festival Al-Quran Di Hatiku FAQEH 2.0 @PolyCC 2019 bertempat di Politeknik Mersing, Johor

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Muhammad Syukri Bin Sukarman daripada Jabatan Perdagangan atas usaha dan komitmen beliau mewakili Politeknik Mukah bagi kategori hafazan lelaki.

Festival yang diadakan bagi kali kedua (2) ini dianjurkan oleh Politeknik Mersing, Johor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Festival ini berlangsung pada 05 Ogos 2019 sehingga 08 Ogos 2019 dan bertempat di Politeknik Mersing, Johor. Penyertaan adalah sangat memberangsangkan daripada dua puluh Sembilan (29) Politeknik dan tiga (3) kolej komuniti di Malaysia.  Ianya bertujuan mengasah bakat pelajar politeknik dan kolej komuniti Malaysia dalam bidang Tilawah Al-Quran dan Hafazan surah-surah pilihan. Selain pelajar, pensyarah juga didedahkan kepada TOT:QSTEM IR 4.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran.