Fungsi & Tugas MPP

 

JAWATAN

FUNGSI DAN TUGAS

YANG DIPERTUA

1.      Berbincang dengan Setiausaha untuk menentukan tarikh mesyuarat

2.      Memaklumkan tarikh cadangan mesyuarat krpada Pegawai Hal Ehwal Pelajar / Penasihat MPP untuk dimaklumkan kepada Ketua Eksekutif

3.      Menetapkan agenda mesyuarat

4.      Mempengerusikan mesyuarat

5.      Menyelaras perancangan aktiviti serta bajet MPP bersama pengerusi exco-exco

6.      Mengesahkan minit mesyuarat

7.      Menjadi peantara bagi pihak pelajar dengan pihak pengurusan politeknik

8.      Membantu aktiviti setiap biro

9.      Membuat keputusan hal-hal berkaitan dengan MPP mengikut kesesuaian

10.  Memastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan untuk MPP dijaga dengan baik

11.  Memohon daripada pihak pentadbiran untuk mendapatkan keperluan peralatan MPP

12.  Menerima laporan bertulis daripada setiap exco untuk diserahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar / Penasihat MPP selewat-lewatnya dua minggu selepas sesuatu aktiviti tersebut selesai

13.  Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Penasihat MPP

 

 NAIB YANG DIPERTUA 1

1.      Menajalankan tugas-tugas YDP ketika ketiadaannya

2.      Membantu YDP dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan MPP

3.      Memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap biro

4.      Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penasihat dan YDP

 

NAIB YANG DIPERTUA 2

1.      Menajalankan tugas-tugas YDP ketika ketiadaannya

2.      Membantu YDP dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan MPP

3.      Memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap biro

4.      Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penasihat dan YDP

 

SETIAUSAHA

1.      Menyediakan dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat kepada AJK JPP

2.      Memaklumkan tarikh mesyuarat kepada Penasihat

3.      Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat

4.      Mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli dalam masa dua minggu selepas mesyuarat selesai dijalankan

5.      Menyimpan dan merekod surat-surat dan minit mesyuarat MPP

6.      Bertanggungjawab terhadap urusan surat menyurat MPP

1.    Menyedia dan menyelaras keseluruhan takwim MPP

2.    Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penasihat, YDP dan NYDP

 

BENDAHARI

1.    Menyediakan Laporan Bajet Tahunan MPP

2.    Menguruskan akaun perbelanjaan aktiviti MPP

3.    Menyimpan dan merekod segala dokumen kewangan MPP

4.    Menyediakan laporan kewangan setiap tiga bulan untuk diserahkan kepada Ketua Eksekutif

5.    Memajukan permohonan peruntukan daripada setiap exco MPP, Kelab dan Persatuan kepada penasihat

6.    Memaklumkan dan menyerahkan permohonan yang telah diluluskan kepada pihak pemohon

7.    Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penasihat, YDP dan NYDP

 

EXCO MULTIMEDIA & PENERBITAN

1.      Mewujudkan kerjasama bersama UTM & UIDM

2.      Menyediakan Carta Organisasi dan Buletin MPP

3.      Mengedarkan bahan penerbitan kepada pihak berkaitan

4.      Mendapatkan kesemua maklumat (gambar dan video) berkenaan semua aktiviti yang dijalankan di politeknik

5.      Memastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan (multimedia) dijaga dengan baik

 

EXCO KEROHANIAN DAN MORAL

1.      Memohon kelulusan untuk menjemput penceramah daripada pengarah

2.      Mengadakan ceramah, kursus dan bengkel berkaitan dengan aktivti kerohanian dan moral

 

EXCO KEBAJIKAN JABATAN

1.      Memohon kelulusan memanggil penceramah daripada pengarah

2.      Menubuhkan jawatankuasa kerja di peringkat jabatan sebagai penghubung kepada exco MPP

3.      Melaksanakan aktiviti di peringkat jabatan selari dengan kehendak exco MPP

4.      Menerima sebarang aduan, komen, dan laporan permasalahan pelajar di peringkat jabatan

5.      Menghubungi pihak-pihak yang berkaitan dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul di jabatan

 

 

EXCO KOLABORASI DAN NASIONAL

1.      Memastikan penyertaan semua kaum dalam setiap aktiviti  yang dirancang menjurus kearah konsep 1 Malaysia

2.      Memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan supaya ianya menepati konsep 1 Malaysia

3.      Bertanggungjawab terhadap  Sekretariat Rukun Negara Politeknik

4.      Menjadi Penolong Penasihat bagi SRN Politeknik

5.      Mendapatkan maklumat berkenaan bilangan pelajar mengikut kaum

 

EXCO INTEGRASI DAN PERPADUAN

1.      Menggalakkan penyertaan semua pelajar dari pelbagai kaum dalam setiap aktiviti kamsis

2.      Memantau segala aktiviti kamsis agar memenuhi citarasa semua kaum

3.      Memastikan setiap aktiviti tidak menjejaskan etika dan budaya sesuatu kaum serta imej organisasi

4.      Menentukan pelaksanaan aktiviti adalah menepati kehendak perancangan

 

EXCO SUKAN DAN REKREASI

1.      Menganjur dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang dianjurkan sama ada oleh iphak politeknik ataupun pihak luar

2.      Menggalakkan pelajar menggunakan segala kemudahan sukan di politeknik

3.      Menggalakkan penyertaan semua pelajar dari pelbagai kaum dalam setiap aktiviti sukan

4.      Memantau segala aktiviti sukan agar memenuhi citarasa semua kaum

5.      Memastikan setiap aktiviti tidak menjejaskan etika dan budaya sesuatu kaum serta imej organisasi

6.      Menentukan perlaksanaan aktiviti adalah menepati kehendak perancangan

7.      Menganjur dan menyelaras Karnival Sukan peringkat Politeknik

 

EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

1.      Mengenalpasti pelajar yang memerlukan bantuan kebajikan

2.      Menyediakan laporan bertulis kepada YDP selewat-lewatnya dua minggu selepas sesuatu aktiviti tersebut selesai

 

 

EXCO AKADEMIK DAN INOVASI

1.      Menganjur dan mengambil bahagian dalam ceramah atau kursus yang berkaitan dengan akademik yang dianjurkan sama ada oleh pihak politeknik ataupun pihak luar

2.      Mengadakan program kea rah pemantapan akademik yang menepati kehendak semasa

3.      Menganjur Anugerah Kecemerlangan  Pelajar (AKEPP) peringkat Politeknik

 

EXCO KOMUNIKASI KORPORAT

1.      Menjalinkan hubungan dengan MPP Politeknik lain atau dengan agensi luar

2.      Membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh mana-mana biro

3.      Memaklum dan menyampaikan info/program yang dijalankan oleh PoliteknikPenyelaras FACEBOOK MPP Politeknik. Memastikan keseluruhan pelajar Politeknik dimasukkan dalam senarai FACEBOOK berkenaan

 

EXCO KEBUDAYAAN DAN WARISAN

1.      Menganjur dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan dan warisan yang dianjurkan sama ada oleh pihak politeknik atau pun pihak luar

2.      Menggalakkan penyertaan semua pelajar dari pelbagai kaum dalam setiap aktiviti kebudayaan dan warisan

3.      Memantau segala aktiviti kebudayaan dan warisan agar memenuhi citarasa kesemua kaum

4.      Memastikan setiap aktiviti tidak menjejaskan etika dan budaya sesuatu kaum serta imej organisasi

5.      Menentukan pelaksanaan aktiviti adalah menepati kehendak perancangan

6.      Bertanggungjawab terhadap kelab UNESCO Politeknik

7.      Menjadi Penolong Penasihat bagi Kelab UNESCO politeknik

 

EXCO KEUSAHAWANAN, LATIHAN DAN KERJAYA

1.    Menganjur dan merancang aktiviti keusahawanan di politeknik

2.    Mengadakan bengkel/seminar/kursus untuk pelajar bagi peningkatan kompetensi sebelum menghadapi zaman pekerjaan

3.    Menjadi Penolong Penasihat kepada              MPEC di Politeknik

 

EXCO KELAB, BADAN BERUNIFORM & SUKAN

1.    Menganjur dan mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan, badan beruniform dan kelab yang dianjurkan sama ada oleh pihak politeknik atau pun pihak luar

2.    Menggalakkan penyertaan semua pelajar dari pelbagai kaum dalam setiap aktiviti persatuan, badan beruniform dan kelab

3.    Memantau segala aktiviti persatuan, badan beruniform dan kelab agar memenuhi citarasa kesemua kaum

4.    Memastikan setiap aktiviti tidak menjejaskan etika dan budaya sesuatu kaum serta imej organisasi

5.    Menentukan pelaksanaan aktiviti adalah menepati kehendak perancangan     

 

EXCO KESUKARELAWAN

1.    Merancang danmenganjur aktiviti kesukarelawanan

2.    Mempromosikan aktiviti kesukarelawanan

3.    Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan