Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer

Pengenalan

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan Jabatan Akademik Sokongan yang menawarkan kursus kod B iaitu Kursus Matematik, Kursus Sains Kejuruteraan dan Kursus Aplikasi Komputer kepada para pelajar yang mengikuti program-program yang ditawarkan oleh Jabatan-Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perdagangan serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Berdasarkan kepada enrolmen pelajar semasa, JMSK beroperasi dengan kekuatan sumber manusia seramai 21 orang kakitangan yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pensyarah dan Pembantu Makmal. Berpandukan kepada misi dan visi politeknik, warga JMSK sentiasa komited dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan demi mencapai kecemerlangan Jabatan Matematik Sains dan Komputer serta Politeknik Mukah Sarawak (PMU) secara keseluruhannya. 

 

Kursus

  • Matematik
  • Sains Kejuruteraan
  • Aplikasi Komputer

 

Fasiliti

Dari segi kemudahan fizikal, JMSK dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran untuk dimanfaatkan oleh pelajar sepanjang pengajian mereka di PMU. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di JMSK adalah:

  • Sebuah Bilik Taklimat
  • 7 buah Bilik Kuliah
  • 5 buah Makmal Komputer
  • Sebuah Makmal Sains Kejuruteraan