Jabatan Perdagangan

Pengenalan

Jabatan Perdagangan (JP) merupakan jabatan akademik induk yang menawarkan program-program perniagaan dan pengurusan. Memulakan operasi pada Julai 2005, antara program yang ditawarkan adalah seperti Sijil Pengajian Perniagaan (SPP), Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) serta Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK). Bermula pada sesi Julai 2010 tiada lagi ambilan untuk Sijil Pengajian Perniagaan (SPP) dan telah digantikan dengan Diploma Akauntansi (DAT).
 
 
Program

Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) (DPM)

Program tiga tahun pengajian perniagaan dibentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan perdagangan yang komprehensif. Tumpuan utama diberi kepada pelbagai bidang pengajian perniagaan seperti pemasaran, perakaunan, statistik, ekonomi, pengurusan perniagaan, undang-undang syarikat, percukaian dan matematik pengurusan. Kepelbagaian mata pelajaran yang dicakupi dalam program ini dibentuk untuk membolehkan pelajar yang mempunyai kecenderungan keusahawanan menceburi dalam perniagaan mereka sendiri. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat bagi membolehkan mereka memperolehi pengalaman pekerjaan dan kefahaman tentang dunia perniagaan yang sebenar. Bagi pelajar yang berhasrat untuk bekerja dengan organisasi perniagaan, program ini membantu mereka agar dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran perniagaan.
Prospek Kerjaya
Lulusan berpeluang menjawat jawatan seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Kewangan dan juga sebarang jawatan di dalam bidang pengurusan yang bersesuaian.

 

Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)

Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan setiausaha yang profesional, cekap, efisien dan berketrampilan. Pelajar dilatih dalam pengurusan pejabat, struktur perdagangan, terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris, komputer, pembentukan personaliti, penyediaan, speed typing, trengkas, shorthand dan menaip. Pelajar menjalani latihan amali dan latihan di industri. Di samping layak untuk memegang jawatan Setiausaha, pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengisi jawatan pembantu tadbir, pembantu peribadi dan lain-lain bidang yang berkaitan.
 
 
Diploma Akauntansi (DAT)

Program tiga tahun ini menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serta dapat berfungsi dengan cekap dan lancar menggunakan sistem manual dan komputer. Program ini mencakupi semua bidang perakaunan seperti kewangan, pengekosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Pelajar juga mempelajari bidang lain yang berkaitan seperti undang-undang syarikat, undang-undang perdagangan, pengurusan perniagaan dan ekonomi yang dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan bagi membolehkan mereka meningkat ke jawatan penyeliaan.
Prospek Kerjaya
Kerjaya sebagai Penolong Akauntan dan Penolong Juruaudit di sektor awam atau swasta.
 
 
Fasiliti

Kemudahan yang terdapat di Jabatan Perdagangan;

  • Dewan Kuliah Mini
  • Makmal Menaip
  • Makmal Pembangunan Keusahawan
  • Bilik Seminar dan Persembahan
  • Makmal Teknologi Perakaunan
  • Pusat Bisnes
  • Makmal Stenografi
  • Makmal Simulasi Pejabat
  • 9 Bilik Kuliah