KEJOHANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR DAN FUTSAL ENAM PENJURU 2018

Pada 1 September 2018 yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Mukah (PMU) telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar dan Futsal Enam Penjuru antara staf Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah dan Agensi/Sekolah di sekitar kawasan Mukah. Kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Politeknik Mukah itu turut disertai oleh pasukan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mukah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah, Sekolah Menengah Agama Mukah, Sekolah Kebangsaan Dua Sungai, Sekolah Kebangsaan Mukah dan PELITA Holding Sdn Bhd Mukah. Hj Zaulkafli Bin Mohamed, Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Mukah telah merasmikan pembukaan kejohanan manakala penutupan kejohanan telah dirasmikan oleh En. Mohd Shafeeq, ketua Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah  mewakili Pn Hajah Salemah Binti Hj Chali, Pegawai Pendidikan Dearah Mukah.

Objektif program ini adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada pelajar PMU dalam menganjur dan mengendalikan kejohanan yang melibatkan pihak luar. Di samping itu juga, kejohanan ini bertujuan untuk memupuk jalinan muhibah dan mengeratkan serta mengukuhkan hubungan silaturrahim di kalangan golongan pendidik dan kakitangan kerajaan di Mukah.

Keputusan penuh Kejohanan Bola Tampar dan Futsal Enam Penjuru adalah seperti berikut:

Kategori Futsal Lelaki Kategori Futsal Wanita Kategori Volleyball Lelaki Kategori Volleyball Wanita
1. PPD Mukah  1. PPD Mukah 1. PPD Mukah 1. PELITA
2. JPJ Mukah  2. SK Mukah 2. MRSM 2. JKA PMU
3. Politeknik Mukah   3. Politeknik Mukah 3. JKA PMU 3. PPD Mukah
4. SMK Oya   4. SMK Mukah  
5. SMK Mukah   5. SM Agama Mukah  
6. SK Dua Sungai   6. SK Mukah