Kem Motivasi Kepimpinan

3 Mac 2018 - Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya anjuran pihak pengurusan SK Bandaran Sibu No 3 yang dikendalikan oleh 7 orang ahli Pembimbing Rakan Siswa dan seorang Pegawai Psikologi, Politeknik Mukah. Program ini melibatkan seramai 75 orang peserta dan bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan serta meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Program ini juga memberi pendedahan kepada fasilitator PRSPMU untuk berkhidmat kepada komuniti serta mempromosikan Politeknik Mukah.