Makluman Awal: Penangguhan Pendaftaran Zon Sarawak Secara Bersemuka Pelajar Baharu Dan Pelajar Senior Sesi Jun 2020

 

Dukacita dimaklumkan penangguhan gerak kerja Minggu Pendaftaran, Lapor Diri dan MIS Pelajar Baharu Sesi Jun 2020 susulan daripada kenyataan media dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak bil 172/2020 bertarikh 27 Julai 2020 berkenaan dengan arahan penangguhan pendaftaran pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak.


Tiada pendafataran secara fizikal yang akan dilaksanakan di Dewan Serbaguna PMU seperti yang telah dirancangkan sebelum ini. Ekoran daripada itu, urusan semakan BHEP akan berlansung sepenuhnya di JHEPP oleh penyelaras HEP (PD) Jabatan dan dibantu oleh Penasihat Akademik semester 1 sesi Jun 2020 pada satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.


Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali dan disusuli permohonan maaf. Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.