Keputusan Rayuan Penempatan Kemudahan Kolej Kediaman Politeknik Mukah Sesi Jun 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan rayuan pelajar ke Kolej Kediaman seperti SENARAI PELAJAR LULUS (BERSYARAT) RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN SESI JUN 2019 di berikut adalah LULUS BERSYARAT. Para pelajar dikehendaki melapor diri mengikut ketetapan berikut.

           Tarikh             : 27 Jun 2019 (Khamis)

           Masa               : 10.30 – 11.30 pagi

           Tempat           : Pejabat Ketua Warden, Kolej Kediaman

Sehubungan itu, para pelajar hendaklah menjelaskan yuran Kolej Kediaman (RM60) dan membawa salinan resit pembayaran semasa pendaftaran. Para pelajar mesti berpakaian kemas, sopan, serta mempamerkan kad pelajar semasa mendaftar. Kegagalan mematuhi etika pakaian dan tatarias Politeknik Mukah boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan tatatertib dan dihalang daripada mendaftar kolej kediaman.

Pelajar hendaklah mengikuti semua syarat yang ditetapkan oleh Kolej Kediaman yang akan dijelaskan semasa pendaftaran. Kemudahan kolej kediaman akan ditarik balik dengan serta merta sekiranya pelajar gagal untuk mengikuti syarat-syarat tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Ketua Warden Kolej Kediaman. Kerjasama dari pelajar semua amat diharapkan dan dihargai.

 

MAKLUMAN KEPUTUSAN RAYUAN PENEMPATAN KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK MUKAH SESI JUN 2019

SENARAI PELAJAR LULUS (BERSYARAT) RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN SESI JUN 2019