Kunjungan Hormat Ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Mukah

Sekitar kunjungan hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Mukah oleh Pengarah Politeknik Mukah, Dullah Muluk.
Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Akademik Mohd Sani Said dan Pegawai Perhubungan Awam Mohd Baharruddin Mohamad. Kunjungan telahpun dilakukan pada 24 Disember 2020  yang lalu bertempat di Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Mukah di Bangunan Wisma Persekutuan Mukah.
Lawatan di sambut oleh Ketua Cawangan JPJ Mukah Mohd Hatta Hassim.