Latihan Menyelamat Semasa Kebakaran atau Fire Drill

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah telah dilawati oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah bagi Rancangan Pra Insiden Kebakaran pada 20 Februari 2018 yang lalu.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada staf dan pelajar tentang tatacara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran di dalam bangunan Jabatan Pengajian Am.

Seramai 14 orang staf Jabatan Pengajian Am dan 120 orang pelajar dari pelbagai jabatan terlibat dalam aktiviti tersebut.

Pihak Bomba turut memberi taklimat keselamatan dan kebakaran serta prosedur pengungsian bangunan kepada semua yang hadir. Selain itu, demonstrasi menyelamat dan demonstrasi memadam kebakaran juga diadakan di tapak perhimpunan.

Pihak Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bomba atas kerjasama dan perkongsian maklumat yang telah diberikan. Semoga dengan penganjuran aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai cara-cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku situasi kecemasan.