Lawatan Kolej Komuniti Sarikei ke JTMK PMU

"Program lawatan sambil belajar ini telah dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Sarikei pada 27 Februari 2019 untuk para pelajar mereka dari kursus Sijil Sistem Rangkaian dan Komputer ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Mukah. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar dari Kolej Komuniti Sarikei untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang meluas mengenai program-program yang ada di JTMK Politeknik Mukah. Di samping itu, lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas di mana para pelajar dari Kolej Komuniti Sarikei mendapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di dalam makmal JTMK. 

 

Matlamat lawatan ini adalah supaya dapat memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai program DDT di JTMK kepada para pelajar Kolej Komuniti Sarikei agar mereka menanam azam yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya di sini. Melalui lawatan sambil belajar ini juga, dapat berkongsi dengan para pelajar mengenai pencapaian dan kejayaan yang telah diperolehi oleh para pelajar dari JTMK, Politeknik Mukah sebelum ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Taklimat Program DDT yang disampaikan oleh Puan Aisyah Suhailla Binti Hj Jili selaku Ketua Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Track Software and Application Development. Selepas itu, rombongan pelajar dan pensyarah telah dibawa untuk untuk melihat Pameran Projek Akhir Pelajar Sesi Jun 2018. Rombongan pelajar juga telah membuat lawatan ke tapak fasiliti JTMK. Sebelum aktiviti tamat, alumni-alumni dari Kolej Komuniti Sarikei memberikan sedikit maklumat bagaimana proses-proses mereka memohon masuk ke program DDT di JTMK, Politeknik Mukah.  Pada majlis penutup, PgR (Bersekutu) Mariati Binti Masduki selaku Ketua Jabatan JTMK telah memberi cenderahati kepada wakil Kolej Komuniti Sarikei dan seterusnya sesi bergambar sebelum rombongan pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Sarikei bersurai."