Lawatan Kualiti Agensi-agensi Persekutuan Sarawak

Pada Selasa 3 Julai 2018, delegasi program Lawatan Kualiti Agensi-agensi Persekutuan Sarawak yang diketuai oleh YBhg. Dato' Hj. Mansor bin Man, Setiausaha Persekutuan negeri Sarawak. PMU telah terpilih sebagai tempat destinasi lawatan memandangkan PMU antara institusi pendidikan yang terkemuka dalam menghasilkan graduan yang cemerlang. Antara lain tujuan lawatan adalah meninjau premis, bengkel dan makmal yang memerlukan perhatian untuk dinaiktaraf bersesuaian dengan teknologi di pasaran masa kini supaya graduan lepasan PMU kelak lebih berdaya saing serta bersedia ke pasaran antarabangsa. Kampus PMU telah diduduki sejak tahun 2005, kebanyakan peralatan dan mesin-mesin telah uzur atau rosak yang memerlukan penggantian. Program lawatan ini walaupun ringkas tetapi memberi makna bagi warga PMU amnya.

#PoliteknikMalaysia #TVET #AlumniPMU #KPM #SarawakNegeriku#PoliMukahdiHatiku #HarapanBaru