Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Pada Selasa 22/5/2018, PMU telah menerima Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Delegasi Sekolah Kebangsaan Agama Mukah yang terdiri daripada staf, guru-guru dan juga AJK PIBG SK Agama Mukah.

Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari pelaksanaan ESKA di PMU, SK Agama Mukah merupakan satu-satu Sekolah Rendah di Mukah yang akan melaksanakan EKSA. PMU telah mendapat pengiktirafan oleh pihak MAMPU pada 2017 yang lalu.