Lawatan Penanda Arasan Keusahawanan ke Projek Agropreneur Moden Di Sibu

Pada 23 September 2020, Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan yang diketuai oleh Puan Roziah Binti Zainal Abidin telah mengajurkan lawatan Penanda Arasan Keusahawanan ke Projek Agropreneur Moden yang diusahakan oleh TR. Eddy Jemat & Dick Anak Ijau di Sibu dan juga ke Projek Agropreneur Moden yang di usahakan oleh Abg Ismail Bin Abg Check bertempat di Jalan Penasu Engkalat Sibu. Turut hadir mengikuti lawatan ini adalah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Iskandar Bin Reduan.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajarai Ilmu baharu dalam Pertanian moden melibatkan beberapa tanaman secara Fertigasi iaitu:

  1. Tanaman Cili
  2. Terung Iban/Dayak
  3. pokok Anggur
  4. pokok Tin

Setakat ini sebanyak 500 pokok Terung Asam Iban telah mengeluarkan hasil.  Terdapat 2 jenis terung yang di tanam di sini iaitu Terung Iban/Dayak Dan terung Asam Emas. 

Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu ‘fertilizer’ dan ‘irrigation’. Menerusi kaedah ini, sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Semasa lawatan ini, turut didedahkan adalah penggunaan sistem Internet of things ( IOT) mesra pengguna yang mudah diaplikasikan oleh petani.

Inkubator pertanian moden dun nangka merupakan program inisiatif YB Dr Annuar Rapaee Menteri Muda Pendidikan sains dan Teknologi dan perumahan untuk membantu dan menggalakkan masyarakat sibu khususnya di Dun Nangka untuk melibatkan diri dalam Pertanian moden melalui sistem fertigasi. Melalui jawatankuasa pertanian moden Dun Nangka, para peserta akan di pantau untuk melihat prestasi dari semasa ke semasa.

Gambar kenangan bersama TR. Eddy Jemat & Dick Anak Ijau, Sibu.

 

Gambar kenangan bersama Encik Abg Ismail Bin Abg Check, Sibu.